Wednesday, April 29, 2009

My dear...


My Dear,

Thank you so much..

For being there whenever I need you..

And I want you to know..I am still learning to be the Best Partner for you..


I do love you..

With all of my heart..

My doa..You will never hurt me again..

Walk with me..to reach our dream.

:)

Thursday, April 23, 2009

Saya sangat suka bila....

1. Saya berjaya memasak menu baru yang BELUMSAYACOBASEBELUMINI dan ianya sedap sampai hubby serta orang yang makan boleh tambah.
2. Saya balik kerja dan disambut oleh baby Awal yang matanya sudah kuyu tapi bertahan untuk diberi SUSU IBU.
3. Saya bersama-sama hubby boleh bawak baby Awal jalan-jalan (tapi Awal duk dlm stroller la) shopping atau ambil angin kat taman depan umah.
4. Saya bangun pagi mata dan kepala saya tidak berat kerana baby saya tidur lena tanpa jaga banyak kali pada sebelah malamnya.
5. Saya boleh duduk di rumah (satu hari pada hujung minggu) untuk setelkan kerja rumah (memasak, cuci baju, lipat baju, mop lantai etc.) dan pada masa yang sama menjaga anak.
6. Saya pergi kerja dan di opis ada kerja menunggu tapi saya boleh siapkan pada hari itu juga.
7. Saya mendapat kejutan dari Hubby..(tibe-tibe dapat hadiah ke @ cukup sekadar die offer diri untuk prepare breakfast/lunch atau dinner) ..hehehe
8. Saya dapat jumpa BFF saya , lepak-lepak serta boleh bergosip tentang perkembangan semasa (gosip kami jer la bukan politik or isu negara..hahaha)
9. Saya berjaya mendapatkan BARANGAN IDAMAN saya dengan hasil titik peluh saya sendiri (kalau orang bagi pun ok jerrr..hahaha)
last but not least
10. Saya berjaya menambah berat badan saya (kerempeng sangat la pulak! huhu)
p/s: Ini bukan TAGGED atau mahu menTAGGED sesiapa..sekadar nukilan di kala bosan :D

Monday, April 20, 2009

Sasaran dan target :D

Just came back from solat zohor n lunch..Damn sleepy then decided to do some 'renovation' for my blog..hahaha..I LOVE THE NEW LOOK BTW :) (got some work to do but just put it aside for this moment:P)..


Well, I got few things in my head as for this year's target..(hahahaha..hubby sila la take note OK!lol)..and started to do some research on those things..(materialistik sungguh!)..tapi ini amat la penting untuk surirumah yang SANGAT suka memasak seperti saya..:P..Well...saya target untuk ini






Zanussi gas stove and electric oven


Actually nakkan oven tu jek sebab gas stove memang dah ada kat umah. Nak beli build-in oven cam mahal sangat lagipun tak tahu nak beli umah kat mana so as for now I am targetting for this. Microwave oven macam kecik pulak and then harga lebih kurang so I think berbaloi kot beli ni. Mid-year ni mesti dapat!..Hahahaha..



And then...lagi satu this one..:)

Kenwood Mixer


Pas ni boleh buat cheesecake :) ngeeeeeeeeeeeeeeeee..sukanya sukanya...hehe..if TAK DAPAT yang ni, yang kat bawah ni pun okay jugak...either one la lakan..tapi cam lagi suka yang kt bawah ni je..:p..WISH ME LUCK! :)

Philips Food Processor







adakalanya..

Adakalanya rasa penat,
Tapi tiada pilihan...

Adakalanya rasa penat,
Tapi tak tahu nak diluahkan pada siapa..

Adakalanya rasa penat,
Tapi, masih mampu bertahan..

Adakalanya rasa penat,
Tapi, hati menganggap ini semua takdir...

Adakalanya rasa penat,
Tapi, hati berdoa mudah-mudahan akan ada penamatnya..

Adakalanya..memang begini ...

Sunday, April 19, 2009

Gawatnya akhlak kita

Belek Berita Harian 'Bahana Nafsu' 20 April 2009, hati ini sedih, luluh, takut, bimbang, berteka-teki, bersalah. Saya risau dengan masa depan anak saya dan semenjak menjadi Ibu saya lebih faham dan rasa terpanggil untuk sama-sama ambil bahagian-atasi masalah yang sedang masyarakat kita hadapi. Sebahagiannya berbunyi begini:

"SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai. ~Dipetik dari Berita Harian 20April2009~
Mujur ada lagi yang sudi membuat amal kebajikan, menubuhkan pusat serta rumah perlindungan bila memikirkan nasib ibu dan anak yang dikandung. Apatah lagi bila anak yang bakal lahir itu hasil dari hubungan yang tidak halal. Mungkin apa yang saya ingin sampaikan ini adalah isu yang biasa menjadi wacana saban hari namun, kita belum ketemu jalan penyudahnya. Nyawa manusia sudah tiada nilai hingga dibuang merata tempat sedangkan hukuman yang diberikan kepada bayi yang baru lahir bukan kerana kesalahan dirinya. Saya terfikir, bila saya melihat anak saya buat pertama kali terus hadir rasa kasih dan sayang, walau seekor nyamuk pun tak dibenarkan dari menggigit anak saya. Apa agaknya perasaan orang yang membuang anak? Tidak kah punya rasa bersalah walau sikit pun? Mane hilang perikemanusiaan sebagai seorang manusia? Kucing pun pandai menjaga anak.
Apa yang saya ingin tekan kan disini adalah, kerana kesalahan kita (orang dewasa), bayi ni yang jadi mangsa. Kerana kecuaian kita, bayi ini yang menanggung hukuman. Yang sudah menjadi ibu, cuba bayangkan sekiranya bayi kita diperlakukan begitu? Apa yang kita rasa? Merengek sebab kesakitan pun kita tak sanggup dengar kan?? Apa lagi untuk menyakiti anak kita. Saya sangat TIDAK FAHAM apa lagi yang anak-anak muda kita cari? Kesenangan? ilmu pengetahuan? keseronokan? kemewahan..? tapi semuanya di salah gunakan. Mereka tahu seks luar nikah itu HARAM tapi masih buat, mereka tahu buang anak itu MEMBUNUH tapi masih buat juga. Dan akhirnya, sekali lagi isu nasib wanita yang tidak terbela timbul disini.
Sabda Rasullullah S.A.W; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yang mengubahnya sendiri.
Maka dengan itu, marilah kita sama-sama fikirkan sejenak. Masalah ini akan berlanjutan sekiranya kita tidak lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya kita tanam azam untuk berikan pendidikan, kesedaran AGAMA yang TERBAIK untuk anak-anak kita dari masa ke semasa. Paling tidak suatu hari kelak, masalah ini akan ketemu jalan penyelesaiannya.
P/s: saya mengeluh beberapa kali bila baca artikel ini dan amat kagum dengan insan berhati mulia yang sudi tubuhkan rumah perlindungan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, pisang tak akan berbuah 2 kali :)

Tuesday, April 14, 2009

Sharing is caring :)

It's impossible to make everyone satisfied. At the same time, there must be someone/some people who need to sacrify. And its a nature. Our honourable Prophet ask us to help, to be patient, to share and to care and love for each other especially to the closest relatives, friends, moslem then comes the rest. Its all about attitude.. Kita boleh cakna dan bertolak ansur dengan syarat kita mahu. Kita boleh mengasihi dan menyayangi dengan syarat kita mahu. Dan disini saya ingin kongsi prinsip yang saya pegang...membantu orang lain walau kehidupan kita penuh kesederhaan pasti akan ada balasan kerana Allah itu Maha Adil. Pernah saya dengar satu kisah Rasulullah S.A.W, Baginda punya sebiji tamar yang mahu dikongsi bersama isterinya buat santapan berbuka puasa, kemudian datang seorang wanita tua yang daif dan tiada makanan untuk berbuka. Baginda lalu membelah buah tamar itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk wanita tua itu dan selebihnya untuk baginda kongsi bersama isterinya untuk berbuka puasa. Nah! betapa Baginda tahu erti peri kemanusiaan walau kita bukan malaikat namun bukan satu kesalahan apatah lagi dosa untuk kita kongsikan apa yang kita ada dengan orang lain yang dalam kesusahan. Apatah lagi sekiranya mereka itu adalah saudara mara atau sahabat handai.
Tapi, adakalanya sukar untuk kita buat orang faham apa yang kita faham dan pegang. Lagi rumit andai niat kita disalah erti. Namun begitu, tetap penting untuk kita berkata yang benar dan berterus terang, paling tidak lama-kelamaan mereka akan faham apa yang kita cuba lakukan. Berbicara dari hati ke hati, dengan harapan niat kita kesampaian.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya).
Semoga akan ada kemajuan di hari-hari yang mendatang! :)

Sunday, April 12, 2009

Farewell For Wani

4.4.09
Alhamdulillah..setelah beberapa minggu plan untuk berkumpul bagi meraikan Wani yang nk ke UK, akhirnya kami ditemukan di Thai Express The Curve, Mutiara Damansara. Heeeee..sgt teruja sebab dah lama tak berkumpul macam ni. Eversince abis belajar sampaila aku dah beranak, kami pun berjumpa semula. Kalau tak kerana Wani yang nak terbang jauh, mungkin lambat lagi la kot. Well, Congrats to Wani. She manages to grab her dream...sambung PhD kat London.. I am very proud of you my dear.. Dan yang pastinya masing-masing sudah punya kehidupan sendiri. Aku dah kawen and ada 1 anak :D, Edot pun sama (tp dia kawen awal dari aku la..hihi), Iera yang masih lagi in honeymoon mood ( ni pun champion gak nih!! tgh wat Masters Degree kt UM), Ej yang gomen servant..Iby pun same and the best part is, Iby kije satu bumbung ngan aku even lain2 branch!..(MKA ,KKM). Mula-mula nk organized payah jugak sebab agak sukar nk tetapkan date.. NI pun after Iera bertungkus-lumus mencari satu tarikh yang semua orang available. Thanks to Edot yang sanggup datang dari KB, Kelantan!
Here are some pixs yang sempat aku snap. Sowila dah mcm outdated actually but still I really want to share :)
Daddy pun nk posing ngan Awal

Auntie EJ (Ej claimed herself as KAKAK :P)

Bersama kwn2 dan psgn serta anak-anak.


Manda yang SWEET!!


Edot n her daughter


iera n anak buah; Awal :)


iera n Hubster :D

yang diraikan dan yang meraikan (fr left: Iby, Wani)



airmate kesedihan :(( (frm left: Wani, Iera)


The Jaberians! UPM 2002-2005 Kolej 13th
last shot before dispersing
(frm left: Ej, Iby, Wani, Iera, Aku, Edot n Manda yang sedang lena)
So, frens bile lagi nk makan besar camni? Makan tk penting ...yang penting dapat ketemu kamu semua :)