Wednesday, June 5, 2013

Kita dan orang lain

Ewah.. apa kena tajuk tu?? hahaha

Kita nikan sokmo la duk banding kelebihan orang dengan diri kita. Tak boleh ke sekali sekali banding la kesusahan orang dengan kesenangan kita? Orang yang lagi susah dari kita. Ha jadikan kita ni di tempat yang lebih tu cemana rasa? Baru boleh  bersyukur ya tak?

Jangan la lupa dik non rezeki maut jodoh di tangan Allah. Yang kita ni merancang, usaha dan doa  sahaja. Plan DIA lagi hebat tak leh lawan dah dengan apa yang ada atas muka bumi ni. Kalau kita dah usaha tonggang terbalik bagai nak rak tapi tak dapat-dapat jugak maknanya rezeki tu belum sampai untuk kita. Adala hikmah yang semestinya Dia Maha tahu. Tok sahla duk frust menonggeng gaya orang nak mati esok atau pergi berlibur sebab nk cari kedamaian katanya. Muhasabah diri macamana cara nak jadi lebih baik adalah lebih baik samping doa jangan bagi kita ni KUFUR nikmat Allah yang lain. Mungkin la duk aim ke increment sampai 100% kan dik non sekali tak dapat. Cuba dik non fikir, untung harini ada kerja ada sumber pendapatan dari tak ada langsung ye dak?

Saya tak faham la dengan jiwa orang-orang yang kosong pergi cari temporary happiness neh. Yang patut dia cari ketenangan and kedamaian tu  dari Allah bukan dari manusia lain hatta kucing atau basikal atau motor besar. TAK BOLEH. Bukan tak boleh langsung, rasa damai tu masa kita buat jekla contoh rasa tenang tu dapat masa kita tengah speedy gaya macho bawak motor besar jekla lepas dah turun dari motor tu lama kelamaan hilanglah rasa damai tu. Tu pun kalau tak pendek umur, kalau pendek? tengah laju2 bawak motor hilangkan stress sekali POOMMM...!! tenang dah selamanya apa pun tak dapat kan? Tu pun kalau dah samapai ajal la, buatnya nikmat kaki tangan Allah tarik balik? (Nauzubillah).

Itulah kita manusia yang selalu resah kalau ditimpa kesusahan. Kalau senang jadi bakhil segala, masa tenaga apatah lagi duit. Mudah-mudahan Allah pelihara kita semua.

PEACE

Thursday, March 7, 2013

Perkahwinan. Kerana apa?

Post kali ini mungkin akan jadi panjang lebar. Agak lama saya perhatikan, digest kemudian berfikir sebelum ia dijadikan sebuah entry. It is about a marriage. Ya, sebuah perkahwinan. Saya bukan pakar motivasi atau penyelidik hal ehwal rumah tangga atau kaunselor. Apa yang saya kupas berdasarkan pemerhatian, pengalaman serta apa yang saya baca.

Apa maksud perkahwinan menurut islam sebenarnya. Sebelum kahwin pernah ke kita baca dan faham?


Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
(sumber dari sini)

Soalan pertama, kenapa kita berkahwin? Kerana syahwat semata? Adakah kerana orang lain kahwin kita kahwin? Adakah atas desakan keluarga dan masyarakat? Atau sebab suka-suka nak kahwin? KENAPA?

Saya suka petik nasihat dan ingatan dari seorang tokoh terkenal.
Satu pasangan mengajukan masalah kepada beliau kerana tidak mendapat zuriat. Beliau bertanya semula kepada pasangan itu, kenapa mau anak? Kerana orang lain ada anak kamu juga mahukan anak? Jawab dulu soalan saya ini kemudian kamu akan dapat jawapan kenapa Allah tangguhkan anak untuk kamu. 

Nampak? Balik pada niat kita. Kerana amalan yang kita buat setiap hari dalam kehidupan akan sia-sia tanpa niat yang betul. 

Saya sering dengar masalah rumahtangga orang sekeliling. Suami abaikan nafkah, suami terlalu sibuk bekerja sampai tak kenal anak, suami tak tolong buat kerja rumah, suami tak mau jaga anak, suami itu suami ini. Isteri tanggung semua perbelanjaan rumah dan anak2, suami tak buat apa hatta rumah pun isteri yang belikan..Yang dah ada anak berkata, saya akan bertahan sebab ada anak tapi jiwa saya dah kosong. Nanti bila anak dah besar saya tak kisah kalau saya tak bersama dia (suami) lagi. Cukupla saya dah banyak berkorban tapi tak pernah dihargai.

Kita berkorban kerana apa? Sebab nak minta penghargaan orang semata ke? 

Dua  perkara yang kita kena nilai dan perbaiki.

Pertama: Diri sendiri

Fikir balik niat asal kita. Cuba cari kekurangan diri baru kaji kekurangan orang lain. Betulkan niat. Balik semula pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Manusia tak ada yang sempurna memang betul TAPI kita boleh perbaiki diri. Ilmu kena ada dan kena sentiasa cari dari masa ke semasa.

Kedua: Pasangan (suami)

Yang ini mungkin kena ulas panjang lebar sedikit kerana tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan/institusi keluarga nakhoda nya adalah si suami. Boleh baca disini untuk ulasan lanjut. Ingat kaum adam, kahwin bukan untuk memenuhi syahwat semata-mata. Isteri, anak-anak adalah harta yang tak ternilai Allah pinjamkan untuk dijaga, dipelihara, dikasihi dan dicintai sebaiknya. Sebelum Allah ambil balik semua sekali, buat sesuatu sebelum terlambat. Kerana pada masa Allah ambil semua menangis air mata darah pun tak ada gunanya lagi. 

Perbetulkan niat. Kerana apa kita mahu ada isteri dan anak-anak? Solat kita macamana? Ilmu kita bertambah atau tidak? Berada pada tahap mana? Ada usaha untuk betulkan diri atau tidak? Nafkah-Makan pakai rumah dan segala kelengkapan anak dan isteri diberi atau tidak? Pernah tak kita tegur isteri kita buat silap? Pernah tak ajak isteri berubah ke arah yang lebih baik-kembali pada Allah? Pernah tak imamkan isteri? dan seterusnya.

Setahu saya isteri tak minta banyak. Kalau suami tak mampu beri nafkah macam orang lain bagi, cukup bagi sekadar mampu tapi isteri kena redha. Tapi kalau dah tau kita kekurangan, cuba perbaiki diri - ilmu boleh ditimba dimana-mana lagi pula sekarang semua dihujung jari. Sekiranya pendapatan anda tak boleh menampung keluarga, mungkin boleh buat sesuatu yang 'extra' untuk tambahkan pendapatan. Jangan ambil kesempatan pada isteri yang sama-sama bekerja untuk bantu cari rezeki, kemudian ditidakkan haknya. Nafkah untuk dia tidak diberi. Alasan; Dia (isteri) dah ada pendapatan sendiri. Si steri penat keluar bekerja sama-sama cari rezeki, apa salahnya tolong jaga anak-anak waktu isteri memasak. Jangan pentingkan diri sendiri. Dengan kawan-kawan ada masa untuk minum, main futsal atau bersembang sampai larut malam tapi pernah tak tanya isteri penat ke tidak? Jangan anggap dia buat semua (uruskan anak, rumah , makan pakai) dia tak ada masalah. Dia manusia juga. Seeloknya disediakan pembantu untuk dia. Sebab dia bukan robot, dia ada hati, ada jiwa. Kesabaran dan kesungguhan dia ada batas dan hadnya. Tolong jangan ambil kesempatan atas apa yang dia korbankan.

Orang terdahulu ada menyebut:

Jangan berumah di tepi pantai andai takut dilanda ombak.

Jangan berkahwin sekadar untuk memuaskan diri sendiri tetapi dalam masa yang sama menyakiti (isteri) kecuali kalau anda (suami) ada jawapan yang baik apabila disoal kelak.


Di petik dari sumber yang saya beri tadi:


Sebagai kesimpulan, tanggungjawab suami kepada isteri terbahagi kepada tiga aspek:
  1. Fizikal – menjaga kesihatan, keselamatan, kehormatan isteri
  2. Material – keperluan material isteri perlu disediakan oleh suami
  3. Spiritual – memimpin persoalan ibadat dan ketaqwaan isteri

Anda bagaimana? Semua yang tersenarai di atas sudah tertunai atau belum? Kalau belum, makanya tugas atau tanggungjawab anda semua (suami) belum sempurna. Kasihanilah isteri anda. Dia bukan hamba atau amah. Dia adalah amanah Allah. Jagalah dia sebaiknya. Kalau isteri salah, kena tegur. Begitu juga sebaliknya. Sama - sama betulkan kesilapan. Jangan anggap kahwin 10 tahun isteri diam maknanya tak ada masalah. Sekali sekala ajakla isteri duduk semeja berbincang dan buat penilaian/post-mortem atas perkahwinan yang sudah ditempuhi.

Surah An-Nisaa' ayat 3 ertinya:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”


Wallahua'lam.


(Sesungguhnya saya amat emosi ketika menulis entry ni sebab saya tahu ramai wanita yang sedang memendam rasa sekarang ini. Bersabarlah kerana semua ini ujian Allah. Mudah2an Allah sediakan syurga untuk mereka semua. Amin)



Peraya

Thursday, January 10, 2013

Ada yang lebih merana...


Salam Jumaat . Alhamdulillah bertemu jumaat kedua di bulan Januari. Pejam celik dah minggu ke dua untuk tahun 2013. Ya memang sekejap masa berlalu. Ok gambar bawah adalah selingan. Tiba- tiba pagi ni datang angin kus-kus tak nak sekolah. Nak ikut mommy pergi office. Berdrama jugakla sekejap at last auntie (di BBIM tak panggil teacher) pujuk dia masuk then boleh pulak die bergayut kat kaki aku huhuhu. Berjaya angkut dia masuk kelas I just left him. Dah salam semua siap-siap sebelum drama bertukar lebih tragis. Mengantuk punya pasal tiba-tiba bertukar angin. Dah seminggu pergi sekolah harini baru buat hal.

Nak dijadikan cerita, there was a mother who has been accompanying her 5yo son since the first day of school session. Sampai ke harini masih lagi menangis and refused to get into the class. We both smiled to each other masa awal tengah berlakon tu. Lepas tinggal kan awal I went back to my car and wait about 10 minutes. I wasn't feel so good so I went up again. Nak tengok la apa jadi kat anak teruna yang berdrama tadi. I saw the mother is sitting behind the class door. I smiled and asked her wether Awal is still cyring or not. She said 'Dah ok dah'. Thank God dalam hati aku tapi harini rasa nak tunggu lebih lama. So I sat next to her. Asking her name, where's she staying. And she brought the elder sister with her (sekolah sesi petang katanya. So we were having mother chit chat then she told me her marriage story.

Kedua-dua anaknya dilarikan oleh suami hampir 4 tahun! nak dapatkan custody sikit punya lama. Ex husband lari ikut anotther woman luckily anak-anaknya dijaga baik tapi terlalu dimanjakan pula sampai refuses to go to school. 
"Saya hampir jadi gila tapi Allah sayangkan saya"- Masha Allah hampir menitik airmata dengar cerita dia. Kalau setakat masalah aku yang remeh temeh tak payah nak kecoh sangat boleh tak? Orang lain sampai nak gila anak-anak dibawa lari jadi kat situ aku muhasabah diri. She's strong enough. After all sadness/nigthmares she had went tru, die bangun balik dapatkan hak dia-her kids. Sekarang dah bukak business sendiri and she said ' I am not able to forget. So just let me be ALONE by my self and family. Allah ada. Mengadu je pada dia."

Semoga akak tabah. Ameen.


Tuesday, January 8, 2013

Belajar untuk menghormati pilihan orang lain.

Merujuk kepada perkara diatas maka saya nak kaitkan dengan beberapa situasi sebenar yang saya sendiri pernah alami.

Situasi 1: Saya dan suami dah buat pilihan mana nak hantar anak untuk pre school je pun. Setelah ambil kira pelbagai aspek, we made up our mind. Lepas tu ada yang persoalkan kenapa budak 4, 5 dan 6 tahun dicampur dalam satu kelas. "Pelik ngat eyh tak pernah dengaq budak 4 5 taun campoq sekali 6 taon". Aku senyum tapi masih cuba bagi pandangan dari sudut positif."Elok la kak, yang abang boleh ajar adik and maybe adik lebih baik dari abang so diorg boleh belajar sama-sama belajar".
Dia kasi lagi pandangan dia which is aku rasa totally wrong.."satgi hak kecik kacau yang 6 taon nak belajaq".  Aku sengih je la malas nak sembang dengan orang bercas negatif.

Situasi 2: Saya beli rumah di kota puteri. "eyh asal beli jauh sangat? Jauh kan?"..Aku cakap yang betul la kan " 30mins lalu highway bagi saya tak la jauh sangat. Sekurang-kurangnya rumah sendiri."- Sengih dan berlalu pergi

Situasi 3: Saya tetap dengan pilihan untuk bawa anak-anak setiap hari bersama-sama saya ke tempat kerja sebab rumah pengasuh is about 2 mins from office. AND I DO HAVE MY OWN REASON. But perlu ke saya nak explain panjang-panjang kenapa mengapa bagaimana tambah pula tak pernah ditanya? Maka adala suara sumbang "Ko lalu eyh hadap diorg mengaruk dalam kereta, bergaduh bising etc etc etc. asal tak cari pengasuh dekat-dekat je?" ....WTF?? " Ala budak-budak biasala kak"

See? Orang kita kebanyakannya begini kan? Why not we ask for the reason at the first place then baru tanya soalan lain. Dalam situasi satu, saya percaya dengan konsep yang nak dibawa oleh pihak kindy. Jangan perkecilkan anak-anak kita. Yang 4 tahun tak semestinya tak bagus. The teachers have been trained on how to manage the kids so just let them do their best. Kalau kita tak cuba we never know how good it is. How far they can go. 

Being me, saya tak suka condemn atau kritik atau tanya banyak. "Eyh pesal ko beli rumah kat situ? Jauh, tak cantik bla bla bla..." .NEVER. atau "Eyh baju ko pakai harini memang tak kena dengan tudung." NEVER
Kan lebih baik kalau cakap, "Eyh, rasanya kalau pakai tudung warna biru lagi lawa la". MEMBINA kan? Bukan MEMBUNUH!

Please, cuba belajar untuk hormat pilihan atau keputusan orang selagi mana keputusan orang tu tak bawa apa-apa kemudaratan pada orang lain. Yes saya lalu highway hari-hari but I never take others money to pay for toll. Rezeki Allah bagi. I have met few people yang sebegini. Mungkin Allah nak suruh saya muhasabah diri supaya jangan jadi one of them. Semoga mereka berubah. Ameen.





Sunday, January 6, 2013

Bila anak mula ke sekolah..

Kalut kau! Huhu..

Siap buat trial first day Awal pergi tadika tapi nasib baik kami laki bini amek leave. Kalau abgnya dah bangun, sia dik pun bangun tapi siap bunyi siren yang macam tak nak stop tu. Nengok abgnya mandi die pun nak mandi. Rumah pulak belum ada water heater jadinya aku bangun terus jerang air nak buat mandi si abang alih2 adik pun  nak mandi jugak maka kene la pakai belanga besar huhu.

6.30am kene angkut si abg bangun sebab kene mandi pakai baju pakai seluar dalam sikat rambut bagai. Yang si adik sibuk nak bersiap jugak. Silap haribulan tahun depan awak pun mommy hantar ke sekolah dik huhu..Dah tu bila dah kena angkut si abg tadi ni, macam2 la alasan tak nak mandi la, sejukla, tak nak gosok gigila, nak mandi ngan mommy la. Yang mommy kalut siapkan diri (at the same time layan adik yang yang siren tak nak stop tu, so  kene la sua UBAT kasi die berenti kejap pun jadila). Mujur ada daddy yang bangun awal sama-sama nak tolong siapkan abg. 

7am kene kuar dari rumah. Drama sebelum masuk kereta pun macam2 ( si adikla). Abang dah ready mode nak g sekolah. All the way dua-dua sambung tidur dalam kereta. Hantar adik dulu baru hantar abg. Nak kejutkan dari tidur satu hal jugak la. Nak itu nak ini, tak nak pakai kasut nak pakai selipar je. Tanya bekal roti mana walhal kita dah ready semua dah depan mata dia. Biasala kan..Baru bgn tidur. 

Sudahnya sampai semula di ofis jam 8.10 minit. (tarik napas dalam-dalam). Ya Allah, kau  mudahkanlah urusan ku setiap hari. Berkatilah kami :)

Tuesday, January 1, 2013

Kejadian hari pertama bekerja di tahun 2013

Happy New Year!

Pagi-pagi lagi dah drama swasta nok!
Tahun ni masuk kerja pukul 8 sebab kena hantar anak pergi tadika and babysitter. Ada dua destinasi jadi kene masuk awal lah. Dah berapa tahun kerja ni masuk pukul 8.30 rasa kekok bangun seawal 6am :P. Alah bisa tegal biasa katenye. 

Dah  masuk pukul 8 makanya menggelabah la keluar rumah. Maklumla, office dekat area sekolah mesti jalan sesak even dalam kampung je pun. Nak masuk highway baru sedar BB tertinggal kat rumah. OK fine iPad pun tak bawak jadinya nak berhubung dengan hubby tak dapatlah. Kena teruskan perjalanan jugak anyhow. Sampai je depan sekolah sangkaan ku benar, memang sosak dek non mak bapak ngantor anak sekolah. Hari pertama kan? Sempat punch card 7.40am ok la tu. Then singgah tapau breakfast untuk anak-anak , lepas tu hantar pergi rumah babysitter. Balik semula ke ofis dalam pukul 7.55. Parking, masuk office gosip jap then g tapau kat kantin klinik kesihatan sebelah. Sambil tu tanya la jugak opismate ada tak hubby BBM ke msg ke call ke, depa kate tak de. Dah settle tapau apa lagi balik office melantak la.  Tibe2 officemate bgtau hubby ada BBM kata tunggu kat kereta. Masa tu pukul 8.22, terus aku lari pergi kat kereta. Sepatutnya pada masa tu dia dah nak sampai office. Huhu..sampai kat kereta HAMPA sebab dia dah pergi. Mesti lama dia tunggu. Kesian. :(

15 mins lepas tu aku call dia. He picked up the phone tapi suara hambar. Lama jugak dia tunggu dalam 10 minutes dia cakap. Aku tanya kenapa tak call je terus kawan2 aku kat opis tu? Dia kata call sorg opismate ni tak angkat. Yang opismate aku tu pulak cuti hahaha DRAMA ok DRAMA!! Yang lain dia tak tahu aku save pakai nama apa..aiyayaya..padahal dah letak nama opis aku siap kat hujung setiap nama opismate aku tu...dah  nak jadi cerita kan..kisah BB tertinggal jek pun..


Papepun, TQ hubby sebab pun an effort untuk cuba hantar my phone. :) Sorry sebab tunggu lama tapi tak sampai2. Lain kali call je sape-sape k? Call semua yang ada kat opis tu pun tak pe ..hehe

SELAMAT BERTUGAS DI TAHUN BARU !