Merujuk kepada perkara diatas maka saya nak kaitkan dengan beberapa situasi sebenar yang saya sendiri pernah alami.
Situasi 1: Saya dan suami dah buat pilihan mana nak hantar anak untuk pre school je pun. Setelah ambil kira pelbagai aspek, we made up our mind. Lepas tu ada yang persoalkan kenapa budak 4, 5 dan 6 tahun dicampur dalam satu kelas. "Pelik ngat eyh tak pernah dengaq budak 4 5 taun campoq sekali 6 taon". Aku senyum tapi masih cuba bagi pandangan dari sudut positif."Elok la kak, yang abang boleh ajar adik and maybe adik lebih baik dari abang so diorg boleh belajar sama-sama belajar".
Dia kasi lagi pandangan dia which is aku rasa totally wrong.."satgi hak kecik kacau yang 6 taon nak belajaq". Aku sengih je la malas nak sembang dengan orang bercas negatif.
Situasi 2: Saya beli rumah di kota puteri. "eyh asal beli jauh sangat? Jauh kan?"..Aku cakap yang betul la kan " 30mins lalu highway bagi saya tak la jauh sangat. Sekurang-kurangnya rumah sendiri."- Sengih dan berlalu pergi
Situasi 3: Saya tetap dengan pilihan untuk bawa anak-anak setiap hari bersama-sama saya ke tempat kerja sebab rumah pengasuh is about 2 mins from office. AND I DO HAVE MY OWN REASON. But perlu ke saya nak explain panjang-panjang kenapa mengapa bagaimana tambah pula tak pernah ditanya? Maka adala suara sumbang "Ko lalu eyh hadap diorg mengaruk dalam kereta, bergaduh bising etc etc etc. asal tak cari pengasuh dekat-dekat je?" ....WTF?? " Ala budak-budak biasala kak"
See? Orang kita kebanyakannya begini kan? Why not we ask for the reason at the first place then baru tanya soalan lain. Dalam situasi satu, saya percaya dengan konsep yang nak dibawa oleh pihak kindy. Jangan perkecilkan anak-anak kita. Yang 4 tahun tak semestinya tak bagus. The teachers have been trained on how to manage the kids so just let them do their best. Kalau kita tak cuba we never know how good it is. How far they can go.
Being me, saya tak suka condemn atau kritik atau tanya banyak. "Eyh pesal ko beli rumah kat situ? Jauh, tak cantik bla bla bla..." .NEVER. atau "Eyh baju ko pakai harini memang tak kena dengan tudung." NEVER
Kan lebih baik kalau cakap, "Eyh, rasanya kalau pakai tudung warna biru lagi lawa la". MEMBINA kan? Bukan MEMBUNUH!
Please, cuba belajar untuk hormat pilihan atau keputusan orang selagi mana keputusan orang tu tak bawa apa-apa kemudaratan pada orang lain. Yes saya lalu highway hari-hari but I never take others money to pay for toll. Rezeki Allah bagi. I have met few people yang sebegini. Mungkin Allah nak suruh saya muhasabah diri supaya jangan jadi one of them. Semoga mereka berubah. Ameen.
4 comments:
Org tu tak tau konsep montessori. Ajar lah dia sket :-) sian dia.,
Anak die montessori jugak tapi bukan islamic montessori..patut dia lebih paham sebab anak dia semua dah besar panjang dan berjumlah 6 orang.
Kdg2 nama montessori utk tujuan matketing je. Ada montessori pasang ultraman, ben10 haha. Islamic montessori cuma dia instill islamic value dlm p&p which is closer to our fitrah sbg org islam kan.
Betulla tu.. Xpelah lantak ke dia. Kami doa mudah-mudahan pilihan kami ni yang terbaik buat masa ni. Nengok tenaga pengajarnya boleh tahan jugak.Selebihnya doa yang terbaik untuk both parties- anak kita and cikgu2nya supaya dua2 dipermudahkan urusan belajar dan mengajar. Ameen. Bukan senang nak pilih kindy ponnye hai. Huuhuuhu..
Eyh apekate mung bukok jugok la se :D
Post a Comment