Thursday, March 7, 2013

Perkahwinan. Kerana apa?

Post kali ini mungkin akan jadi panjang lebar. Agak lama saya perhatikan, digest kemudian berfikir sebelum ia dijadikan sebuah entry. It is about a marriage. Ya, sebuah perkahwinan. Saya bukan pakar motivasi atau penyelidik hal ehwal rumah tangga atau kaunselor. Apa yang saya kupas berdasarkan pemerhatian, pengalaman serta apa yang saya baca.

Apa maksud perkahwinan menurut islam sebenarnya. Sebelum kahwin pernah ke kita baca dan faham?


Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
(sumber dari sini)

Soalan pertama, kenapa kita berkahwin? Kerana syahwat semata? Adakah kerana orang lain kahwin kita kahwin? Adakah atas desakan keluarga dan masyarakat? Atau sebab suka-suka nak kahwin? KENAPA?

Saya suka petik nasihat dan ingatan dari seorang tokoh terkenal.
Satu pasangan mengajukan masalah kepada beliau kerana tidak mendapat zuriat. Beliau bertanya semula kepada pasangan itu, kenapa mau anak? Kerana orang lain ada anak kamu juga mahukan anak? Jawab dulu soalan saya ini kemudian kamu akan dapat jawapan kenapa Allah tangguhkan anak untuk kamu. 

Nampak? Balik pada niat kita. Kerana amalan yang kita buat setiap hari dalam kehidupan akan sia-sia tanpa niat yang betul. 

Saya sering dengar masalah rumahtangga orang sekeliling. Suami abaikan nafkah, suami terlalu sibuk bekerja sampai tak kenal anak, suami tak tolong buat kerja rumah, suami tak mau jaga anak, suami itu suami ini. Isteri tanggung semua perbelanjaan rumah dan anak2, suami tak buat apa hatta rumah pun isteri yang belikan..Yang dah ada anak berkata, saya akan bertahan sebab ada anak tapi jiwa saya dah kosong. Nanti bila anak dah besar saya tak kisah kalau saya tak bersama dia (suami) lagi. Cukupla saya dah banyak berkorban tapi tak pernah dihargai.

Kita berkorban kerana apa? Sebab nak minta penghargaan orang semata ke? 

Dua  perkara yang kita kena nilai dan perbaiki.

Pertama: Diri sendiri

Fikir balik niat asal kita. Cuba cari kekurangan diri baru kaji kekurangan orang lain. Betulkan niat. Balik semula pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Manusia tak ada yang sempurna memang betul TAPI kita boleh perbaiki diri. Ilmu kena ada dan kena sentiasa cari dari masa ke semasa.

Kedua: Pasangan (suami)

Yang ini mungkin kena ulas panjang lebar sedikit kerana tanggungjawab dalam sebuah perkahwinan/institusi keluarga nakhoda nya adalah si suami. Boleh baca disini untuk ulasan lanjut. Ingat kaum adam, kahwin bukan untuk memenuhi syahwat semata-mata. Isteri, anak-anak adalah harta yang tak ternilai Allah pinjamkan untuk dijaga, dipelihara, dikasihi dan dicintai sebaiknya. Sebelum Allah ambil balik semua sekali, buat sesuatu sebelum terlambat. Kerana pada masa Allah ambil semua menangis air mata darah pun tak ada gunanya lagi. 

Perbetulkan niat. Kerana apa kita mahu ada isteri dan anak-anak? Solat kita macamana? Ilmu kita bertambah atau tidak? Berada pada tahap mana? Ada usaha untuk betulkan diri atau tidak? Nafkah-Makan pakai rumah dan segala kelengkapan anak dan isteri diberi atau tidak? Pernah tak kita tegur isteri kita buat silap? Pernah tak ajak isteri berubah ke arah yang lebih baik-kembali pada Allah? Pernah tak imamkan isteri? dan seterusnya.

Setahu saya isteri tak minta banyak. Kalau suami tak mampu beri nafkah macam orang lain bagi, cukup bagi sekadar mampu tapi isteri kena redha. Tapi kalau dah tau kita kekurangan, cuba perbaiki diri - ilmu boleh ditimba dimana-mana lagi pula sekarang semua dihujung jari. Sekiranya pendapatan anda tak boleh menampung keluarga, mungkin boleh buat sesuatu yang 'extra' untuk tambahkan pendapatan. Jangan ambil kesempatan pada isteri yang sama-sama bekerja untuk bantu cari rezeki, kemudian ditidakkan haknya. Nafkah untuk dia tidak diberi. Alasan; Dia (isteri) dah ada pendapatan sendiri. Si steri penat keluar bekerja sama-sama cari rezeki, apa salahnya tolong jaga anak-anak waktu isteri memasak. Jangan pentingkan diri sendiri. Dengan kawan-kawan ada masa untuk minum, main futsal atau bersembang sampai larut malam tapi pernah tak tanya isteri penat ke tidak? Jangan anggap dia buat semua (uruskan anak, rumah , makan pakai) dia tak ada masalah. Dia manusia juga. Seeloknya disediakan pembantu untuk dia. Sebab dia bukan robot, dia ada hati, ada jiwa. Kesabaran dan kesungguhan dia ada batas dan hadnya. Tolong jangan ambil kesempatan atas apa yang dia korbankan.

Orang terdahulu ada menyebut:

Jangan berumah di tepi pantai andai takut dilanda ombak.

Jangan berkahwin sekadar untuk memuaskan diri sendiri tetapi dalam masa yang sama menyakiti (isteri) kecuali kalau anda (suami) ada jawapan yang baik apabila disoal kelak.


Di petik dari sumber yang saya beri tadi:


Sebagai kesimpulan, tanggungjawab suami kepada isteri terbahagi kepada tiga aspek:
  1. Fizikal – menjaga kesihatan, keselamatan, kehormatan isteri
  2. Material – keperluan material isteri perlu disediakan oleh suami
  3. Spiritual – memimpin persoalan ibadat dan ketaqwaan isteri

Anda bagaimana? Semua yang tersenarai di atas sudah tertunai atau belum? Kalau belum, makanya tugas atau tanggungjawab anda semua (suami) belum sempurna. Kasihanilah isteri anda. Dia bukan hamba atau amah. Dia adalah amanah Allah. Jagalah dia sebaiknya. Kalau isteri salah, kena tegur. Begitu juga sebaliknya. Sama - sama betulkan kesilapan. Jangan anggap kahwin 10 tahun isteri diam maknanya tak ada masalah. Sekali sekala ajakla isteri duduk semeja berbincang dan buat penilaian/post-mortem atas perkahwinan yang sudah ditempuhi.

Surah An-Nisaa' ayat 3 ertinya:

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”


Wallahua'lam.


(Sesungguhnya saya amat emosi ketika menulis entry ni sebab saya tahu ramai wanita yang sedang memendam rasa sekarang ini. Bersabarlah kerana semua ini ujian Allah. Mudah2an Allah sediakan syurga untuk mereka semua. Amin)



Peraya

1 comment:

Syaza Farhana said...

Boleh saya bertanya kan soalan yang lari daripada topik ?? Disini saya nk mgemukakan soalab berkaitan ingin berkahwin . Sy dh pasangan mginginkn prkahwin tetapi kami masih menuntut . Kami mginginkn pkahwin kerana ingin mgelakkn diri drpd terus berada dlm berzina ia ini dikenali sebagai couple pd zmn kini . Tetapi kami mempunyi masalah kewangan dan paling penting masalah kedua org tua kami . Adakah dia akan bersetuju dgn perkahwinan kami nih nnti