It's impossible to make everyone satisfied. At the same time, there must be someone/some people who need to sacrify. And its a nature. Our honourable Prophet ask us to help, to be patient, to share and to care and love for each other especially to the closest relatives, friends, moslem then comes the rest. Its all about attitude.. Kita boleh cakna dan bertolak ansur dengan syarat kita mahu. Kita boleh mengasihi dan menyayangi dengan syarat kita mahu. Dan disini saya ingin kongsi prinsip yang saya pegang...membantu orang lain walau kehidupan kita penuh kesederhaan pasti akan ada balasan kerana Allah itu Maha Adil. Pernah saya dengar satu kisah Rasulullah S.A.W, Baginda punya sebiji tamar yang mahu dikongsi bersama isterinya buat santapan berbuka puasa, kemudian datang seorang wanita tua yang daif dan tiada makanan untuk berbuka. Baginda lalu membelah buah tamar itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk wanita tua itu dan selebihnya untuk baginda kongsi bersama isterinya untuk berbuka puasa. Nah! betapa Baginda tahu erti peri kemanusiaan walau kita bukan malaikat namun bukan satu kesalahan apatah lagi dosa untuk kita kongsikan apa yang kita ada dengan orang lain yang dalam kesusahan. Apatah lagi sekiranya mereka itu adalah saudara mara atau sahabat handai.
Tapi, adakalanya sukar untuk kita buat orang faham apa yang kita faham dan pegang. Lagi rumit andai niat kita disalah erti. Namun begitu, tetap penting untuk kita berkata yang benar dan berterus terang, paling tidak lama-kelamaan mereka akan faham apa yang kita cuba lakukan. Berbicara dari hati ke hati, dengan harapan niat kita kesampaian.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya).
Semoga akan ada kemajuan di hari-hari yang mendatang! :)
1 comment:
hehe...ni yg org slalu ckp...hari ni hari kite...esok lusa maybe hari org lain pulak...thats why very important utk slalu tolong sama sendiri..;-)
Post a Comment