Sunday, April 19, 2009

Gawatnya akhlak kita

Belek Berita Harian 'Bahana Nafsu' 20 April 2009, hati ini sedih, luluh, takut, bimbang, berteka-teki, bersalah. Saya risau dengan masa depan anak saya dan semenjak menjadi Ibu saya lebih faham dan rasa terpanggil untuk sama-sama ambil bahagian-atasi masalah yang sedang masyarakat kita hadapi. Sebahagiannya berbunyi begini:

"SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai. ~Dipetik dari Berita Harian 20April2009~
Mujur ada lagi yang sudi membuat amal kebajikan, menubuhkan pusat serta rumah perlindungan bila memikirkan nasib ibu dan anak yang dikandung. Apatah lagi bila anak yang bakal lahir itu hasil dari hubungan yang tidak halal. Mungkin apa yang saya ingin sampaikan ini adalah isu yang biasa menjadi wacana saban hari namun, kita belum ketemu jalan penyudahnya. Nyawa manusia sudah tiada nilai hingga dibuang merata tempat sedangkan hukuman yang diberikan kepada bayi yang baru lahir bukan kerana kesalahan dirinya. Saya terfikir, bila saya melihat anak saya buat pertama kali terus hadir rasa kasih dan sayang, walau seekor nyamuk pun tak dibenarkan dari menggigit anak saya. Apa agaknya perasaan orang yang membuang anak? Tidak kah punya rasa bersalah walau sikit pun? Mane hilang perikemanusiaan sebagai seorang manusia? Kucing pun pandai menjaga anak.
Apa yang saya ingin tekan kan disini adalah, kerana kesalahan kita (orang dewasa), bayi ni yang jadi mangsa. Kerana kecuaian kita, bayi ini yang menanggung hukuman. Yang sudah menjadi ibu, cuba bayangkan sekiranya bayi kita diperlakukan begitu? Apa yang kita rasa? Merengek sebab kesakitan pun kita tak sanggup dengar kan?? Apa lagi untuk menyakiti anak kita. Saya sangat TIDAK FAHAM apa lagi yang anak-anak muda kita cari? Kesenangan? ilmu pengetahuan? keseronokan? kemewahan..? tapi semuanya di salah gunakan. Mereka tahu seks luar nikah itu HARAM tapi masih buat, mereka tahu buang anak itu MEMBUNUH tapi masih buat juga. Dan akhirnya, sekali lagi isu nasib wanita yang tidak terbela timbul disini.
Sabda Rasullullah S.A.W; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yang mengubahnya sendiri.
Maka dengan itu, marilah kita sama-sama fikirkan sejenak. Masalah ini akan berlanjutan sekiranya kita tidak lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya kita tanam azam untuk berikan pendidikan, kesedaran AGAMA yang TERBAIK untuk anak-anak kita dari masa ke semasa. Paling tidak suatu hari kelak, masalah ini akan ketemu jalan penyelesaiannya.
P/s: saya mengeluh beberapa kali bila baca artikel ini dan amat kagum dengan insan berhati mulia yang sudi tubuhkan rumah perlindungan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, pisang tak akan berbuah 2 kali :)

4 comments:

mrs Fahmi said...

agree...memang scary kalau pk how the world is going to be by the time our babies dah besar nanti...if skarang pon da teruk mcm ni...iskkk....nauzubillah..

mylongjourney said...

tue la kan..huhu..takut sgt2..macam2 sekarang ni..especially bab social ni la..dah ade anak ni lagi takut..

Farah said...

tu laa aku rase org yang membuang anak ni mmg org takde akal...binatang pon sayangkan anak..oppss emo kejap..

mylongjourney said...

tue la farah, aku mmg EMOGILER bile bace artikel ni tp kena buat sumthing so that akan ada improvement :)sape lagi yang akan mula kalau bukan kita (chewahhh..tahap KESEDARAN MAKIN TINGGI NIH!)lol