Wednesday, April 29, 2009

Terlanjur Cinta

waktu bergulir
lambat merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan
malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

My dear...


My Dear,

Thank you so much..

For being there whenever I need you..

And I want you to know..I am still learning to be the Best Partner for you..


I do love you..

With all of my heart..

My doa..You will never hurt me again..

Walk with me..to reach our dream.

:)

Thursday, April 23, 2009

Saya sangat suka bila....

1. Saya berjaya memasak menu baru yang BELUMSAYACOBASEBELUMINI dan ianya sedap sampai hubby serta orang yang makan boleh tambah.
2. Saya balik kerja dan disambut oleh baby Awal yang matanya sudah kuyu tapi bertahan untuk diberi SUSU IBU.
3. Saya bersama-sama hubby boleh bawak baby Awal jalan-jalan (tapi Awal duk dlm stroller la) shopping atau ambil angin kat taman depan umah.
4. Saya bangun pagi mata dan kepala saya tidak berat kerana baby saya tidur lena tanpa jaga banyak kali pada sebelah malamnya.
5. Saya boleh duduk di rumah (satu hari pada hujung minggu) untuk setelkan kerja rumah (memasak, cuci baju, lipat baju, mop lantai etc.) dan pada masa yang sama menjaga anak.
6. Saya pergi kerja dan di opis ada kerja menunggu tapi saya boleh siapkan pada hari itu juga.
7. Saya mendapat kejutan dari Hubby..(tibe-tibe dapat hadiah ke @ cukup sekadar die offer diri untuk prepare breakfast/lunch atau dinner) ..hehehe
8. Saya dapat jumpa BFF saya , lepak-lepak serta boleh bergosip tentang perkembangan semasa (gosip kami jer la bukan politik or isu negara..hahaha)
9. Saya berjaya mendapatkan BARANGAN IDAMAN saya dengan hasil titik peluh saya sendiri (kalau orang bagi pun ok jerrr..hahaha)
last but not least
10. Saya berjaya menambah berat badan saya (kerempeng sangat la pulak! huhu)
p/s: Ini bukan TAGGED atau mahu menTAGGED sesiapa..sekadar nukilan di kala bosan :D

Monday, April 20, 2009

Sasaran dan target :D

Just came back from solat zohor n lunch..Damn sleepy then decided to do some 'renovation' for my blog..hahaha..I LOVE THE NEW LOOK BTW :) (got some work to do but just put it aside for this moment:P)..


Well, I got few things in my head as for this year's target..(hahahaha..hubby sila la take note OK!lol)..and started to do some research on those things..(materialistik sungguh!)..tapi ini amat la penting untuk surirumah yang SANGAT suka memasak seperti saya..:P..Well...saya target untuk ini






Zanussi gas stove and electric oven


Actually nakkan oven tu jek sebab gas stove memang dah ada kat umah. Nak beli build-in oven cam mahal sangat lagipun tak tahu nak beli umah kat mana so as for now I am targetting for this. Microwave oven macam kecik pulak and then harga lebih kurang so I think berbaloi kot beli ni. Mid-year ni mesti dapat!..Hahahaha..



And then...lagi satu this one..:)

Kenwood Mixer


Pas ni boleh buat cheesecake :) ngeeeeeeeeeeeeeeeee..sukanya sukanya...hehe..if TAK DAPAT yang ni, yang kat bawah ni pun okay jugak...either one la lakan..tapi cam lagi suka yang kt bawah ni je..:p..WISH ME LUCK! :)

Philips Food Processor







adakalanya..

Adakalanya rasa penat,
Tapi tiada pilihan...

Adakalanya rasa penat,
Tapi tak tahu nak diluahkan pada siapa..

Adakalanya rasa penat,
Tapi, masih mampu bertahan..

Adakalanya rasa penat,
Tapi, hati menganggap ini semua takdir...

Adakalanya rasa penat,
Tapi, hati berdoa mudah-mudahan akan ada penamatnya..

Adakalanya..memang begini ...

Sunday, April 19, 2009

Gawatnya akhlak kita

Belek Berita Harian 'Bahana Nafsu' 20 April 2009, hati ini sedih, luluh, takut, bimbang, berteka-teki, bersalah. Saya risau dengan masa depan anak saya dan semenjak menjadi Ibu saya lebih faham dan rasa terpanggil untuk sama-sama ambil bahagian-atasi masalah yang sedang masyarakat kita hadapi. Sebahagiannya berbunyi begini:

"SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai. ~Dipetik dari Berita Harian 20April2009~
Mujur ada lagi yang sudi membuat amal kebajikan, menubuhkan pusat serta rumah perlindungan bila memikirkan nasib ibu dan anak yang dikandung. Apatah lagi bila anak yang bakal lahir itu hasil dari hubungan yang tidak halal. Mungkin apa yang saya ingin sampaikan ini adalah isu yang biasa menjadi wacana saban hari namun, kita belum ketemu jalan penyudahnya. Nyawa manusia sudah tiada nilai hingga dibuang merata tempat sedangkan hukuman yang diberikan kepada bayi yang baru lahir bukan kerana kesalahan dirinya. Saya terfikir, bila saya melihat anak saya buat pertama kali terus hadir rasa kasih dan sayang, walau seekor nyamuk pun tak dibenarkan dari menggigit anak saya. Apa agaknya perasaan orang yang membuang anak? Tidak kah punya rasa bersalah walau sikit pun? Mane hilang perikemanusiaan sebagai seorang manusia? Kucing pun pandai menjaga anak.
Apa yang saya ingin tekan kan disini adalah, kerana kesalahan kita (orang dewasa), bayi ni yang jadi mangsa. Kerana kecuaian kita, bayi ini yang menanggung hukuman. Yang sudah menjadi ibu, cuba bayangkan sekiranya bayi kita diperlakukan begitu? Apa yang kita rasa? Merengek sebab kesakitan pun kita tak sanggup dengar kan?? Apa lagi untuk menyakiti anak kita. Saya sangat TIDAK FAHAM apa lagi yang anak-anak muda kita cari? Kesenangan? ilmu pengetahuan? keseronokan? kemewahan..? tapi semuanya di salah gunakan. Mereka tahu seks luar nikah itu HARAM tapi masih buat, mereka tahu buang anak itu MEMBUNUH tapi masih buat juga. Dan akhirnya, sekali lagi isu nasib wanita yang tidak terbela timbul disini.
Sabda Rasullullah S.A.W; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yang mengubahnya sendiri.
Maka dengan itu, marilah kita sama-sama fikirkan sejenak. Masalah ini akan berlanjutan sekiranya kita tidak lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya kita tanam azam untuk berikan pendidikan, kesedaran AGAMA yang TERBAIK untuk anak-anak kita dari masa ke semasa. Paling tidak suatu hari kelak, masalah ini akan ketemu jalan penyelesaiannya.
P/s: saya mengeluh beberapa kali bila baca artikel ini dan amat kagum dengan insan berhati mulia yang sudi tubuhkan rumah perlindungan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, pisang tak akan berbuah 2 kali :)

Tuesday, April 14, 2009

Sharing is caring :)

It's impossible to make everyone satisfied. At the same time, there must be someone/some people who need to sacrify. And its a nature. Our honourable Prophet ask us to help, to be patient, to share and to care and love for each other especially to the closest relatives, friends, moslem then comes the rest. Its all about attitude.. Kita boleh cakna dan bertolak ansur dengan syarat kita mahu. Kita boleh mengasihi dan menyayangi dengan syarat kita mahu. Dan disini saya ingin kongsi prinsip yang saya pegang...membantu orang lain walau kehidupan kita penuh kesederhaan pasti akan ada balasan kerana Allah itu Maha Adil. Pernah saya dengar satu kisah Rasulullah S.A.W, Baginda punya sebiji tamar yang mahu dikongsi bersama isterinya buat santapan berbuka puasa, kemudian datang seorang wanita tua yang daif dan tiada makanan untuk berbuka. Baginda lalu membelah buah tamar itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk wanita tua itu dan selebihnya untuk baginda kongsi bersama isterinya untuk berbuka puasa. Nah! betapa Baginda tahu erti peri kemanusiaan walau kita bukan malaikat namun bukan satu kesalahan apatah lagi dosa untuk kita kongsikan apa yang kita ada dengan orang lain yang dalam kesusahan. Apatah lagi sekiranya mereka itu adalah saudara mara atau sahabat handai.
Tapi, adakalanya sukar untuk kita buat orang faham apa yang kita faham dan pegang. Lagi rumit andai niat kita disalah erti. Namun begitu, tetap penting untuk kita berkata yang benar dan berterus terang, paling tidak lama-kelamaan mereka akan faham apa yang kita cuba lakukan. Berbicara dari hati ke hati, dengan harapan niat kita kesampaian.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya).
Semoga akan ada kemajuan di hari-hari yang mendatang! :)

Sunday, April 12, 2009

Farewell For Wani

4.4.09
Alhamdulillah..setelah beberapa minggu plan untuk berkumpul bagi meraikan Wani yang nk ke UK, akhirnya kami ditemukan di Thai Express The Curve, Mutiara Damansara. Heeeee..sgt teruja sebab dah lama tak berkumpul macam ni. Eversince abis belajar sampaila aku dah beranak, kami pun berjumpa semula. Kalau tak kerana Wani yang nak terbang jauh, mungkin lambat lagi la kot. Well, Congrats to Wani. She manages to grab her dream...sambung PhD kat London.. I am very proud of you my dear.. Dan yang pastinya masing-masing sudah punya kehidupan sendiri. Aku dah kawen and ada 1 anak :D, Edot pun sama (tp dia kawen awal dari aku la..hihi), Iera yang masih lagi in honeymoon mood ( ni pun champion gak nih!! tgh wat Masters Degree kt UM), Ej yang gomen servant..Iby pun same and the best part is, Iby kije satu bumbung ngan aku even lain2 branch!..(MKA ,KKM). Mula-mula nk organized payah jugak sebab agak sukar nk tetapkan date.. NI pun after Iera bertungkus-lumus mencari satu tarikh yang semua orang available. Thanks to Edot yang sanggup datang dari KB, Kelantan!
Here are some pixs yang sempat aku snap. Sowila dah mcm outdated actually but still I really want to share :)
Daddy pun nk posing ngan Awal

Auntie EJ (Ej claimed herself as KAKAK :P)

Bersama kwn2 dan psgn serta anak-anak.


Manda yang SWEET!!


Edot n her daughter


iera n anak buah; Awal :)


iera n Hubster :D

yang diraikan dan yang meraikan (fr left: Iby, Wani)



airmate kesedihan :(( (frm left: Wani, Iera)


The Jaberians! UPM 2002-2005 Kolej 13th
last shot before dispersing
(frm left: Ej, Iby, Wani, Iera, Aku, Edot n Manda yang sedang lena)
So, frens bile lagi nk makan besar camni? Makan tk penting ...yang penting dapat ketemu kamu semua :)









Thursday, April 9, 2009

Bait-bait indah

Bila di amati lirik ini dengan sepenuh hati, sungguh indah pengertiannya. Meminta tapi dengan kiasan yang cukup indah baitnya..Memberi..tapi dengan sepenuh jiwa..Mampukah kita jadi sang pencinta yang begitu luhur budinya? Menjadi pencinta yang setia seperti Shah Jehan dan Mumtaz teman jiwanya? Sudah lama saya tidak menitipkan kata-kata sebegini..dan hampir lupa bila kali terakhir saya berpuitis dan melarik kata-kata..Cuba kalian amati..mudah-mudahan ada sesuatu yang akan digali dari dalam diri :)

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Memang indah dicintai tapi indah lagi mencintai..memang indah menerima tapi indah lagi memberi...

Kepada yang mencari semoga ketemu pasangan..Kepada yang sedang bercinta..semoga menemui kesudahan..dan kepada yang sudah menemui kesudahan semoga ketemu dengan kebahagian :)

Monday, April 6, 2009

Cepatnye si kecil ini membesar :)


Razeeq Awaluddien sudah 3 bulan lebih..skrg berat nye sudah cecah 7kgs..smp lenguh belikat dokong budak nih!

fokus tgk TV!


Rasmi katil



Mommy+Daddy+Awal



Senyum manis:)


Mommy n Awal



Daddy n Awal




Masa untuk mandi!!


Tidur dalam kereta


Main2 sebelum tidur

Sekejap je masa berlalu..sekarang dia sudah boleh meniarap, senyum and bercakap2 (dalam bahasa yang dia sahaja boleh faham..)







the past three weeks..


Induksi+kerja+cuti-cuti mesia :)


Fuh!! selepas berjaya mengharungi hari-hari yang memenatkan dan mencabar jasad dah roh (hahaha..ayat apekah ini??), baru la ada sedikit kelapangan untuk singgah di sini.. thank God. From 15-30th March saya ke kursus Induksi (gomen kan biasela mmg kena pegi induksi untuk pengesahan jawatan) pastu..blk ke opis dengan kerja yang menimbun + meeting...cek LNPT staf, submit ke admin..siapkan report and my own LNPT ( ni lagi satu kes, EO lambat bagi LNPT ..dah la yang last year punya nasib baik blum terlewat kalau tidak no increment for me this year..huhuhu..tp masih boleh dimaaf kan sebab aku ni cuti panjang bersalin kan ujung tahun 2008 hrtu..).



Selepas balik dari induksi, sekarang saya lebih jelas kenapa saya berada MOH :). Apa yang saya pikul dan apa yang patut saya buat sepanjang hidup saya (yeah..almost the rest of my life kije ngan gomen smp pencen kalu panjang umo :))..Just imagine, 2 minggu di GOLDEN STRAITS VILAS PORT DICKSON~ packed with CERAMAH N MOTIVASI + EXAM + CERAMAH and main-main macam budak sekolah..and guess wat?? i brought along my lil Awal with his nanny, stayed with me at the apartment with another 4 ladies ( 3 of them are my staff and another 1 is a Medical Officer- Dr.Intan Shafinaz from Hosp. Selayang~ gurls..I miss you all soo much :) it was nice staying together and hope will do it again!!)..kepada Bahagian Latihan Perkhidmatan KKM, Well Done!! Good Job! (even memula masuk dulu asyik mengutuk aje..hahaha)pics mase induksi? akan di upload kemudian sbb lupe bawa thumdrive...



31st..saya and hubby bercuti ke Tanjong Jara Beach Resort~Unmistakably Malay~..5 stars resort..and one of the Small Luxury Hotel in the world..wat a nice place!! thank hubby for bring me there!! I didnt even noe there's such wonderful place in my hometown!! hahah terukkan??lol..and pesanan kepada yang bercadang untuk honeymoon, I would suggested this place..so romantic, and ciri-ciri melayu nya sangat diutamakan..kami sempat dinner Di Atas Sungei - there's no listed menu, just tell them what do you want to eat and they will cook it for you and the dishes?? for sure -Malay Style ~hidang with nasi and lauk pauk..masakan yang sgt sedap and sangat pure melayu but a bit costly (kami makan free sbb included with the package)...sesampainya kami di reception, paluan gong menyambut kami..the people there are so friendly..terus pintu kereta kami dibuka, luggage kami diangkat ..dan dihantar ke bilik kami. Sebelum check in, we were given some refreshments, together with wet towel (untuk lap muka dah penat travel kan) and sambil tu diberi briefing about the resort and the activities yang available kat situ ( kami kan ade baby mane bleh pegi main jet ski lagipun ujan ombak besar wooooooo...haha)..here are some pixs :)



katil lepak2

damai



ade rezeki saya nk dtg lagi!!


the bath tub

the room-Bumbung room


the shower room


the hall




the scenery from window


our room-1005

sgt melayu ok!!


the bed (tbe2 ade plak yang rasmi)lol




Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang kami snap..so sesiapa yang still looking for a place for honeymoon, boleh la try usha this place :) and believe me, you won't regret it!!..next entry akan ade lagi gambar (FB dah kena blok plak kat opis ni..hampeh!!)