Sunday, December 30, 2012

Hari terakhir 2012.

Yeap! It has been a very productive year. I have rewarded as Pekerja Cemerlang tahun 2011:) . Bought a house and I have completed another year as a breasftmilk mom to my 21mo daughter. Another 2 months to go and wallah! I just can't wait! Semoga Allah panjangkan umur saya. Seingat saya tiada yang PAHIT untuk tahun ini. Kalau ada pun tak banyak and tak serious mana. Tak payah kenang lah kan lagi bagus ? 

SELINGAN: Owh.. TAK SABAR NAK BALIK NONTON ADAM DAN HAWA! Berbaki tak sampai sepuluh episod. This is the only TV serial that I have been following this year since August 2012. Haha :P

SO , mau tengok bunga api kat mana malam ni? I wanna go home on time. Cook good food for dinner. Another RV maybe tonite. :) MY first RV cake licin tinggal tapak cake je. Baked for Awal's birthday party last Saturday. Hehe..

Esok cuti. Lusa kerja. Khamis and Jumaat kami cuti lagi. Anak masuk kindy mak bapak yang beria nih. Masih pening macamana nak mandikan dia seawal 6.30 am..Aiyoyo mau melalak memecah hening satu taman. Kalau dah abang dia melalak kang adik ikut meraung sekali. Hawawawa..Been trying hard to wake him up since last week but seems like NO POSITIVE outcome. On the way to the office this morning, I keep reminding him that he HAS to wake up early, take bath and put on his 'baju sekolah' sebab dah nak mula sekolah. He just nodded and said 'OK Mommy'. We will see how. Ada drama tak Wednesday ni? Tunggu..

OKla.. mau makan . HAPPY NEW YEAR! Greater year ahead In Sha Allah :) Happy holiday peeps ;)



Tuesday, December 25, 2012

Tak perlu tajuk.

Maha Suci Allah.

Syukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.

Dah berbulan tak menulis. Kekok pula rasanya. Tak sempat nak mengarang atau tinggalkan komen, hanya sempat baca post orang.

Pejam celik dah akhir tahun 2012. Tahun depan 2013. Walau tak semua azam 2012 tercapai In Sha Allah panjang umur tahun 2013 kita carry forward ok?

Anak sulung baru saja genap 4 tahun 21.12.12. Lawakan tarikh tu? Empat tahun yang lalu saya banyak menulis tentang Awal dalam blog ni. Itu 4 tahun yang lalu. Makin lama makin merudum. Kerja (makmal), tugas sebagai ibu dan isteri di rumah bukan mudah. Kalau surirumah sepenuh masa sekali pun jangan ingat mereka senang lenang di rumah. Lagi banyak kerja nak buat. Ok balik pada cerita anak, next week dah masuk kindy. Pusing punya pusing usha punya usha, we chosed BBIM. Kenapa? biarlah kami simpan sebabnya. Masing2 punya pandangan sendiri. Kang kalau saya bagitau nanti ada yang kata saya bias. So just let it be. Nak tau lanjut, boleh pegi ke website BBIM. Yuran, sillibus, jadual harian semua ada kat situ. Tepuk dada tanya la selera :) Milestone? Dulu masa umur dia 2 tahun kami bimbang yang teramat sebab die tak pandai bercakap. Sampai buat temujanji dengan NASOM untuk kenalpasti dia ada simptom autisme ke tidak. Jelas sekali sangkaan PAED tu meleset. Silap kami sebab kurang interaksi. Puas kami cari punca dan baca banyak tips akhirnya he improves a lot. (Dengan Izin Allah). Awal sangat suka berkawan. He loves meeting new friends. Usaha bacakan dia buku everyday, doa tak putus dan syukur pada Allah harini dia dah petah berkata-kata.

Anak no 2. Nawra. Masih breastfeeding Alhamdulillah. Februari 27 2013 genap usia 2 tahun. Selagi badan masih terdaya untuk menyusu, saya tak akan wean her off from breastfeeding. Milestone? dah  boleh kira 12345. Sampai situ jela buat masa ni. Anak perempuan manja nya lain. At her age of 9 dah boleh berjalan. Sekarang dia dah pandai marah saya balik- her fav sentence - apela mommy neh!!. Nak  marah terus tak jadi la jawabnya hehehe..


Akhir June 2012 we officially moved to Kota Puteri- Baiti Jannati. Alhamdulillah, dengan sedikit simpanan yang kami ada bolehla extend dapur kami 80% seperti yang kami nak. Ada sikit-sikit lagi nak kena tambah from time to time such as kabinet dapur basah (now ada top je) and wardrobe 3 pintu gabak idaman untuk masterbedroom..hehe sekarang ni pakai apa yang ada je la dulu. Nak complete terus rabakk la poket mak nok!! :P Yang ada sekarang pun dah cukup baik. Walau orang duk tanya kenapa jauh sangat rumah kami tu (xde la jauh mana ngan tempat kije actually 30 mins lalu LATAR) cuma jauh dari rumah diorang la kot, tapi kami suka suasana kawasan perumahan tu. Itu yang penting pun. Sejuk, jauh dari kilang dan bunyi bising deru kereta. Siap ada ayam hutan berkokok lagi tak kira pagi petang. Rumah kau hado? Hehe..(jangan marah, gurau jek). 



Latest pic taken on 22nd December 2012. Mommy sangat banget sama kamu berdua :) Membesarlah jadi anak yang taat pada perintahNya. Baik budi pekerti. Jadi manusia yang berilmu dan bertanggungjawab serta berbakti pada agama.




Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!!





Wednesday, June 20, 2012

Berat ideal

Saya memang takut nak pijak scale. Scary. Memang scary. Tak pernah tgk jarum tu maju ke depan. Lepas tu sedih. Lepas tu cari jalan nak makan ape. Sigh. Jujurnya saya sedih tgk badan yg macam papan lapis neh. Ada orang suka camni tapi saya rase ada baiknya kalau berisi la skit. Orang jawa kate , better late than never. Saya akan berusaha. Supaya berat badan naik dan naik dan naik lagi. 5kgs to go. Mudah2an ada hasilnya. All the best to me!


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, May 15, 2012

Hari hari adalah Hari Ibu

Salam para ibu.

Hadiah hari ibu tahun ini? Mana pernah dapat hadiah. Kalau ada pun, saya akan simpan sendiri sebab hadiah tu x boleh nak beli. Hahaha...ok sila jangan speculate statement saya. Ada terbaca pasal pendapat menyambut hari ibu. Bagi saya, hari- hari adalah hari ibu. Bezanya pada bulan Mei tu agai meriah la kan..iklan merata, x cukup dengan tu ogawa pun kasi diskaun beli kerusi urut sempena hari ibu..hoho..pape jelah

Last week saya cuti seminggu. Jenguk orang tua di kampung plus menebuk poket shopping pelbagai di pasar payang. Papentah. Habis duit tunggakan. Hahahahha! Alhamdulillah, dapat temankan mak abah dinkampung. Bila direnung muka mereka semakin sayu hati ni. Dulu kulitnya tegang, sekarang sudah makin berkedut, makin cengkung, uban makin nampak...saya rasa nak bawa diorang duduk dengan saya. Biasala, orang tua..ayam itik di kampung..rumah sapa nak tengok? Hatta anak kucing yang duk menumpang bawah rumah walau tak pernah jejak kaki dalam rumah pun dalam senarai jugak. Begitulah mereka. Kita dihari tua belum tahu lagi karenahnya...

Update pasal rumah.

Now menumpang rumah mil. Seminggu dua lagi siaplah dapo ku yang cumil itew. Tak saba nak masuk rumah. Rindu katil..rindu masak sendiri..rindu mesin basuh. Semua masih lagi berbungkus elok. And ...rindu jugak rumah lama di bukit rahman...apakan daya..rumah sewa..nk duk situ pun sampai bila kan?

Nntla saya haplop gambo2 progress rumah one by one...

Till then, ibu, mak, umi, mama, mommy , mek, amma dan segala jenis panggilan yang membawa makna yang sama...kalian sangat hebat!



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, April 17, 2012

Fuhhhhhh!!!!!


Salam ..
I'm back on track. Dugaan datang satu persatu sepanjang sebulan yang lalu. Selepas anak bujang got high fever, Nawra pulak kene. Batuk selsema and last wednesday saya pulak kena. Harini baru rasa kuat sikit. Alhamdulillah. Weekend been busy with rumah baru. Cat, pasang grill, beli barang untuk house renovation, pilih tiles, belum masuk urusan lain like wedding, kenduri. Sepanjang minggu lepas was attending a training. Memang rasa sesak dada pack dgn activities. Syukur Allah bagi kekuatan untuk hadapi semua tu.
Btw, hari isnin ni kerja2 reno akan dimulakan. Nantilah saya cerita in another entry khas cite a-z pasal rumah (mimpilah kau!) hahahah..
Saya harap by end of mei kami akan duduk rumah baru. Hujung bulan kami akan shift out dari rumah sewa skrg. Bnyk kenangan kat rumah ni. Sedih pun ada nak tinggalkan. Tapi apa nak buat? 4 tahun kot kami sewa situ. Finally dah sampai masanya kami pindah. Sementara tunggu rumah siap saya tumpang rumah MIL paling lama kami target 2-3 minggu. Setakat ni ramai jiran2 dah nak move in. Cuti skolah bulan mei ni laagi ramai yang plan nk pindah. Yeay! Hehehe (syukur Allah kau kabulkan doa kami) Alhamdulillah.
- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, April 2, 2012

Syukur

Alhamdulillah. Awal dah kembali aktif seperti biasa. Jumaat lepas buat fbc n dengue test n both showed it wasn't due to dengue virus. Demam dari selasa sampai sabtu. Ahad baru betul2 sembuh. Makan baru nak selera. Susut sampai tinggi leher die. Weekend tak rehat langsung. Uruskan hal rumah plus anak tak sihat. Tidur malam pun ala kadar jela. Penat! Hari sabtu pagi,tukang yang bakal buat rumah kami datang ukur tempat yang kami nak extend. Sampai harini quotation belum keluar. Harap2 within our budget dag dig dug.. Huhuhu

Notis dah diberi pada tuan rumah. April end we have to shift out. Tak nak membazir bayar rumah sewa yang harganya almost sekali ganda installment rumah bulan2. Kalau dah kaya raya tak pe la kot. Hehehe . Malam ni nak submit application melalui pelukis pelan ke MPS. Ha nak extend rumah bukan ikot suke hati ko je senah kene apply la dgn PBT atau siap jela duit baya kompaun di kemudian hari ok! Nnt update lg.

Daaa




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 29, 2012

Andai bisa.

Harini aku cuti lagi. Pkul 4am awal menggeletar..shaking..merengek..menangis ..aku peluk die..aku pun menangis sekali. Tak tau apa die rase. I was damn panicked! Huhuhu..terus bangun n g amek wudhuk. Solat. Doa semoga Allah kasi anakanda kekuatan lawan semua rasa sakit. Lepas solat kasi awal veron. Die nanges tak nak. Lagi sekali air mata menitik. Azam pun berjaga sekali. Ikut hati nak terus g spital tapi nawra mcmane? Pkul 4 pg kot xkan nk kejutkan bbsitter..azam selimutkan awal. Aku peluk dia. Aku dpt rasa die tgh menggigil. Takut. Takut sangat. Hati tak putus doa mudah2an tak ada pape.

An hour later, dia dah tdo semula. Syukur. Pkul 6am demam die kebah. Lepas subuh trus bersiap. Aku decided bawa die g lab- my office la tu. Mintak mo kluarkan request form..screening full blood count..to see the platelet level. N also dengue pcr. Harap tak de pape.

Now he's sleeping on my lap. Poor my hero. Andai bisa sakit tu boleh dipindahkan, aku sanggup!


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 28, 2012

Unplanned.


Salam.

Last two nights awal demam. First attack at about 9pm. Terus kasi pcm. Pkul 4am demam lagi. Bagi lagi pcm. An hour later kebah. Aku memang tak tidur kalau anak2 demam or xsihat. Bukan tak nak tapi tak boleh. Mesti asyik terjaga tgh2 malam. Last three weeks dia baru je demam. Dengan simptom yg hampir sama. So i decided to bring him to see the paed.Sekali, hubby cakap dia pun nak ambil child care leave. Ok now i know his plan. Mesti nak terus pergi ambil kunci rumah baru kami. *terkinje2*. hahahaha.. Tapi x brp excited sebab susah hati anak demam.

Dah selesai jmpe paed, (awal pun dah xdemam) , kami terus ke pkns untuk ambik surat serah kunci. Budak2 tinggal rumah pengasuh kejap. Jadinya, semalam selesai sudah penantian. Alhamdulillah syukur ya Allah. :).Memang xde dalam plan asal nak amik kunci semalam tapi Allah mudahkan urusan so dat semua selesai dalam masa satu hari.

Sepanjang hari duduk rumah pengasuh he was ok. No fever at all. Makan ubat every 6hrs tapi balik je rumah , pkul 12 demam bakik. Kasi ubat then last sekali kul 7am die demam. After 6 jam je demam die datang. Risauuu :(

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, March 26, 2012

Berazam!

Selamat pagi!
Terima kasih farah! Ko pun baca blog aku jugak rupanya! Terharu mak..kuikuikui..
Okay nampak gaya kene berazam untuk update blog at least twice a month. Kalau lebih tak pe jangan kurang..hehehe..
Update ckit pasal rumah. Cek dah clear ke PKNS*. Anytime boleh ke office shah alam utk ambil surat serah kunci. Ya Allah now baru tahu betapa busy and peningnye nak naik rumah baru. I-Allah kalau diizinkan saya akan cerita progress renovation and all. Ok readers? ( poyo macam ramai je yang bacanye ponnnn :P)
Ok now kene sambung buat kije.
Daa~
- Posted using BlogPress from my iPad

Rindu.

Assalam..
Tak pasti bila last time saya jejak ke sini. Banyak benda saya nak share tapi dah terlepas. Been busy with work. Harini fira tanye asal aku dah lama x hapdet blog ni. Kalau la boleh tumbuh lalang, dah tak nampak bumbung aku rasa. I will try my best ok!
Btw, nawra dah setahun. Perkembangan dia agak cepat. Lain dengan anak teruna saya si Awal. Now dah boleh sebut and kenal few animals like cat, dog mooo (cow) siap buat bunyi. Kalau tak nak she just said nanak or geleng2 kepala. Kalau nak dia akan mintak sambil tunjuk2 tangan dia. Makan almost everything and definitely tak picky likes her brother. Susu masih lagi breastfeeding tapi saya dah introduce FM masa umo dia genap 1 yr bulan feb haritu. But saya masih bawa pump ke office till now. Alhamdulillah dapat dalam 4-5 oz sehari sekali pam. Jadual kerja agak pack kdg2 saya skipped pump. Kadang2 sempat 2 kali pump. Bergantung pada keadaan. Syukur Allah izinkan saya exclusively BF smp umo 6mo.
Ni antara latest gamba..got lotsa it nnt sikit2 saya post k! Tx fira bg aku semangat utk hapdet blog yg dh usang ni...
Till then, jpe lagi . Bye!





- Posted using BlogPress from my iPad