Sunday, December 30, 2012

Hari terakhir 2012.

Yeap! It has been a very productive year. I have rewarded as Pekerja Cemerlang tahun 2011:) . Bought a house and I have completed another year as a breasftmilk mom to my 21mo daughter. Another 2 months to go and wallah! I just can't wait! Semoga Allah panjangkan umur saya. Seingat saya tiada yang PAHIT untuk tahun ini. Kalau ada pun tak banyak and tak serious mana. Tak payah kenang lah kan lagi bagus ? 

SELINGAN: Owh.. TAK SABAR NAK BALIK NONTON ADAM DAN HAWA! Berbaki tak sampai sepuluh episod. This is the only TV serial that I have been following this year since August 2012. Haha :P

SO , mau tengok bunga api kat mana malam ni? I wanna go home on time. Cook good food for dinner. Another RV maybe tonite. :) MY first RV cake licin tinggal tapak cake je. Baked for Awal's birthday party last Saturday. Hehe..

Esok cuti. Lusa kerja. Khamis and Jumaat kami cuti lagi. Anak masuk kindy mak bapak yang beria nih. Masih pening macamana nak mandikan dia seawal 6.30 am..Aiyoyo mau melalak memecah hening satu taman. Kalau dah abang dia melalak kang adik ikut meraung sekali. Hawawawa..Been trying hard to wake him up since last week but seems like NO POSITIVE outcome. On the way to the office this morning, I keep reminding him that he HAS to wake up early, take bath and put on his 'baju sekolah' sebab dah nak mula sekolah. He just nodded and said 'OK Mommy'. We will see how. Ada drama tak Wednesday ni? Tunggu..

OKla.. mau makan . HAPPY NEW YEAR! Greater year ahead In Sha Allah :) Happy holiday peeps ;)



Tuesday, December 25, 2012

Tak perlu tajuk.

Maha Suci Allah.

Syukur atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.

Dah berbulan tak menulis. Kekok pula rasanya. Tak sempat nak mengarang atau tinggalkan komen, hanya sempat baca post orang.

Pejam celik dah akhir tahun 2012. Tahun depan 2013. Walau tak semua azam 2012 tercapai In Sha Allah panjang umur tahun 2013 kita carry forward ok?

Anak sulung baru saja genap 4 tahun 21.12.12. Lawakan tarikh tu? Empat tahun yang lalu saya banyak menulis tentang Awal dalam blog ni. Itu 4 tahun yang lalu. Makin lama makin merudum. Kerja (makmal), tugas sebagai ibu dan isteri di rumah bukan mudah. Kalau surirumah sepenuh masa sekali pun jangan ingat mereka senang lenang di rumah. Lagi banyak kerja nak buat. Ok balik pada cerita anak, next week dah masuk kindy. Pusing punya pusing usha punya usha, we chosed BBIM. Kenapa? biarlah kami simpan sebabnya. Masing2 punya pandangan sendiri. Kang kalau saya bagitau nanti ada yang kata saya bias. So just let it be. Nak tau lanjut, boleh pegi ke website BBIM. Yuran, sillibus, jadual harian semua ada kat situ. Tepuk dada tanya la selera :) Milestone? Dulu masa umur dia 2 tahun kami bimbang yang teramat sebab die tak pandai bercakap. Sampai buat temujanji dengan NASOM untuk kenalpasti dia ada simptom autisme ke tidak. Jelas sekali sangkaan PAED tu meleset. Silap kami sebab kurang interaksi. Puas kami cari punca dan baca banyak tips akhirnya he improves a lot. (Dengan Izin Allah). Awal sangat suka berkawan. He loves meeting new friends. Usaha bacakan dia buku everyday, doa tak putus dan syukur pada Allah harini dia dah petah berkata-kata.

Anak no 2. Nawra. Masih breastfeeding Alhamdulillah. Februari 27 2013 genap usia 2 tahun. Selagi badan masih terdaya untuk menyusu, saya tak akan wean her off from breastfeeding. Milestone? dah  boleh kira 12345. Sampai situ jela buat masa ni. Anak perempuan manja nya lain. At her age of 9 dah boleh berjalan. Sekarang dia dah pandai marah saya balik- her fav sentence - apela mommy neh!!. Nak  marah terus tak jadi la jawabnya hehehe..


Akhir June 2012 we officially moved to Kota Puteri- Baiti Jannati. Alhamdulillah, dengan sedikit simpanan yang kami ada bolehla extend dapur kami 80% seperti yang kami nak. Ada sikit-sikit lagi nak kena tambah from time to time such as kabinet dapur basah (now ada top je) and wardrobe 3 pintu gabak idaman untuk masterbedroom..hehe sekarang ni pakai apa yang ada je la dulu. Nak complete terus rabakk la poket mak nok!! :P Yang ada sekarang pun dah cukup baik. Walau orang duk tanya kenapa jauh sangat rumah kami tu (xde la jauh mana ngan tempat kije actually 30 mins lalu LATAR) cuma jauh dari rumah diorang la kot, tapi kami suka suasana kawasan perumahan tu. Itu yang penting pun. Sejuk, jauh dari kilang dan bunyi bising deru kereta. Siap ada ayam hutan berkokok lagi tak kira pagi petang. Rumah kau hado? Hehe..(jangan marah, gurau jek). 



Latest pic taken on 22nd December 2012. Mommy sangat banget sama kamu berdua :) Membesarlah jadi anak yang taat pada perintahNya. Baik budi pekerti. Jadi manusia yang berilmu dan bertanggungjawab serta berbakti pada agama.




Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!!