Monday, May 24, 2010

La Tahzan

This uncle of mine went forever to see The Greatest three years ago. Dia tahu yang dia akan pergi buat selama-lamanya terlebih dahulu dari kami, bahkan si isteri dan anak-anak tidak pernah diberitahu tentang cerita yang sebenar. The fact that he had a cancer and nothing could help him anymore. Nothing. Before he left us, my mom told me that she often sees this uncle of mine read a book entitled La Tahzan which means- Don't be sad/Jangan Bersedih. Until the day the doctor told the whole family that nothing can be done anymore to save him from cancer, my mom realized why did he read the book.

He never told us about his pain. I assumed that the main reason why did he never tell us because he do not want us to be sad. Sadness might kill him faster. So he just let himself feels the pain, alone. How strong he was. He once called me Tiqah instead of Na ( Tiqah is actually my elder sister). This was due to heroin that he took as painkiller. Dia nampak saya macam kakak saya. Even I told him few times that I am not Tiqah. Tapi dia kata dia nampak Tiqah bukan Na. Mungkin pada masa tu heroin dah buatkan dia pening, kesan ubat tu kuat sangat sampai penglihatan jadi kabur.

I adore him so much. He had a great inner-strength. He acted like nothing happens to him. Walaupun kesakitan tu mungkin lebih dahsyat dari apa yang saya fikir, tapi dia lalui seorang diri. And how time flies. It was three years ago. Sometimes when I went back to my hometown, I feel like he's still there. Lupa yang dia dah lama pergi.

Pengajaran pada diri saya:

Hidup ni macam-macam dugaan yang datang. Walau hebat macamana usaha kita untuk menggembirakan semua orang terutama orang yang kita sayangi, pun sebenarnya masih belum cukup. Pasti ade kekurangan di mana-mana. Kita bagi kasih-sayang, usaha yang terbaik yang mana pada mata kita mungkin sudah lebih dari cukup, tapi tak semestinya penilaian orang lain sama dengan apa yang kita fikir. Tapi, kita jangan sesekali putus asa. Sebab agama ajar kita untuk berusaha seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadat/beramal seolah-olah kita akan mati pada esok hari.

Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Niat kita baik, tapi mungkin orang lain beri salah tanggapan. Dan saya yakin perkara sebegini sering kali terjadi. If they refused to listen to your explaination, never mind. You have Allah with you dan saya selalu ingatkan diri saya, Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Satu cara untuk betulkan tanggapan orang lain adalah dengan doa kepada Allah. Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati mereka, supaya mereka berfikir sepertimana apa yang kita fikir. :)

Jadi, jangan lah bersedih. Sebab kesedihan tu tak kan lama. Pada satu masa yang sesuai, dia akan pulang kepada pencipta. Dan kesedihan itu akan tinggalkan kita bukan sahaja satu pengajaran, bahkan 1001 hikmah yang kita sendiri kadangkala tidak sedar. Yakinlah pada Qada' dan Qadar. Ketentuan Allah itu adalah pasti.