snap :)
This one taken last saturday..Awal baru bangun tido
Ni gambo kat umah atok n nenek Besut
OK this one..Walker ni dh kena lipat masuk store sebab Awal xmo duduk..Fobia..uhuhuhuh.Dia xjatuh ok tp dia takut bunyi music box tuh..ngan train yang bergerak2 inside..tros xmo duduk dah..!!
Ape yang best nya dengan August 2009? well, nothing much actually.. cuma saja je kasi gempak sikit..hahhaha..Sebelum pergi lebih jauh Congrats tu Sarah&Am and my fren Nani&Latep far in JB for their newcomers in the family... Adam and..erm..( not sure la sapa nama baby girl si Nani ni ..hehhehe)..and Tahniah buat para ibu yang bakal menimang cahaya mata.
Sangat happy jugak sebab dapat balik kg Terengganu setelah few months x jenguk orang tua di kampung. Sebelum tibanya Ramadhan kami amik cuti 2 hari ( Jumaat n Isnin). Sekarang ni pun musim buah .Hubby makan durian tido durian minum durian..breakfast pun ngan durian..hahahha . Ni first time saya bawak dia balik tuk merasai kemeriahan musim buah.. sbb last year buah xmenjadi..makan yang beli jek la. Maklumla kat Ijok mane nak cari dusun beb??? :P.
Cuaca yang tak menentu sekarang ni buatkan Awal kurang sihat. Dia selsema and batuk2 la last few days sampaikan I terpaksa amek EL on Friday to take care of him and went to see Paed. Alhamdulillah dia x demam so NO antibiotics was given except for ubat cair kahak and selsema. Thats it. Selsema pun dah hilang cuma batuk je sekarang ni. I-Allah akan beransur sembuh tak lama lagi. Berat dia?? 9.7kgs.. dah boleh merangkak dengan laju..dah boleh bangun sendiri (pegang kat sofa or pape jekla yang boleh die pegang) so memang kena keep my eye on him takut jatuh terlentang susah pulak nanti. (Dah banyak kali sangat jatuh sebenarnya) tapi Mak kata memang budak nak membesar macamtu la. Apa yang kita boleh buat is try out best TO AVOID HIM dari terjatuh or terhantuk etc. Kalu letak dalam playpen dia dah boleh bangun sendiri sekarang so memang tak boleh tinggalkan dia dalam sorang2 dalam playpen takut dia terjun. Aktif memang SANGAT aktif.
Thank GOD sebab Awal bukan jenis berjaga malam (SO FAR LA). After maghrib dia dah tdo sampaila pkul6/630 pagi esok KECUALI kalau cuaca panas or dia kurang sihat siapla malam kami kena berjaga.. (BIASA LA TU KAN:)). Siang hari dia tdo from 8.30am-10am cmtue. Then mandi and makan (Carrot and potato with little rice yang diblend dengan ikan bilis goreng. Beras taruk ckit je bagi rasa sbb dlm potato dah ada karbohidrat) . Main- main kejap till 1130am camtue then tdo till 1pm..then mandikan dia sekali lagi. Main kejap dlm pkul 330-4pm die akan tdo smpla pkul 5/53o.. Bangun makan and mandi then main. After maghrib tidur sampaila pagi esoknye. Camtu la rutin baby Awal ni.
Susu pulak.. hmmm.. 5oz sekali minum every 2-3 hours. Dalam 4 tin sebulan (950gm). Diam tak diam dah nak masuk 8 bulan pun baby Awal ni. Kejap je masa berlalu. Okla..later sambung lagi. Before that, jangan lupa ambil langkah yang sepatutnya bila keluar dari rumah. H1N1 di mana-mana sekarang. Lindungilah diri dan keluarga anda. Have a nice day!!
No comments:
Post a Comment