Monday, September 5, 2011

EID MUBARAK 2011

Hi you All!!!!!!
Tema tahun raya tahun ini adalah biru. Nak dijadikan cerita, balik je umah masing2 bawak keluar baju untuk diiron (aku nye baju bawak kuar sebab baru terhegeh2 nak siapkan ahahahah)..SEKALI warna hampir sama pulak dengan baju raya family kakak-kakak aku..kelakar sungguh..naseb baek bukan dari kain yang sama..
Tahun ni raya berempat. Awal pun dah pandai salam cakap selamat hari raya. Jadinye kami la yang excited terlebih. Bajet nak shopping untuk anak2 saja..hampeh..mak bapak siap jeans baru , blouse/tshirt baru kasut baru henbeg baru (aku le yang melampau tu) muahahahaha. Tapi tak leh lawan anak la kan, baju 8 helai sorang..erkkkkkkk..terduduk bapak kau!!!
Tahun ni agak penat sikit raya sebab kami buat open house you all. Tak leh blah hari raya pertama dah buat open house. Kesahnya kakak no 2 buat aqiqah (tumbang la kambing sekor) untuk anak die yang no 4 tu (berusia 3 bulan). Alang2 kami panggil sedara mara masak nasi minyak untuk dijamu. Okay jugak buat cmni sebab tak yah kami g beraya umah orang lain sebab seme dah berkumpul and bertemu mata kat umah kami. Tapi belah malam tu kami berjalan jugak lah 2-3 buah umah pakcik2 belah mak atas permintaan depa..
Ok la, tengok jek la gamba2 kami ni on the first raya. Second day raya, awal pagi kami dah bertolak balik KL. Ok la dapat duk 5 hari kat kampung ganu. :) sempat merasa buka puasa ngan mak abah and adik beradik lain. Perjalanan balik kay ell tak sampai 6 jam pun. Second phase hiway LPT pun dah bukak dari Bukit Besi - Ajil so dah jimat masa la jugak. Dah siap hiway mau tiap bulan balik besut (amboi banyak nau duit kau nak sedekah kat MTD Prime..kehkeh :P)
Cinta hati saya ;)
Yang ni pun cinta hati jugak :D

seisi keluarga
the best shot *konon*
her first raya (sooo like her father)
Salam aildilfitri ..maaf zahir dan batin..tup tap tup tap harini dah seminggu kita sambut syawal..Alhamdulillah, masih diberi nikmat kesihatan untuk meraikan aidilfitri. Semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan sepanjang masa untuk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Ameen.

Sunday, August 14, 2011

Almost 6 month..

Salam Ramadhan buat semua..:) ye saya tahu dah agak terlambat ..tapi masih lagi Ramadhan dan semoga amalan kita di terima Ilahi.
Dah hampir 6 bulan pun usia anak dara saya. Now dalam percubaan lagak ngeri untuk merangkak. Perkembangan dia agak cepat banding ngan abg Awal..dulu abg Awal at her age baru leh berundur ke belakang..(plus size yang agak besar) . Nawra sekarang dah cecah 7kgs.. -_- ..patah tulang mak nak dukung lama-lama..tapi tak pe bonzer ada..ahaks..kalau kuar jalan2 die nak duk dalam carrier..stroller sorry mmg die tak nak eyh..so kasi abg duk stroller adik duk dlm baby carrier. Janji tak yah dukung kalau tak jenuh..
Cepat kan masa berlalu. Pastu ada pulak makhluk yang tak sayang mulot ni suoh ai tambah lagi..APA??? ERKK!!!!!!!!! TERCEKIK MAK..nak rehat kejap weihh..bukan senang bekerja dengan anak kecik ni. Tunggu abg Awal dah boleh tolong cuci pinggan ok la kot..ahahahahah..
Ok la, agak bosan harini sebenarnya. Tak sabar nak cuti..bukan cuti sebab Raya tapi sebab nak balik kampung ketemu ayah dan bonda..:)

Thursday, March 31, 2011

Introducing MADEEHA NAWRA

Ok malas nak karang. Lama gile aku tak online ni. Ada dua anak jaga sendiri sangat challenging but sangat puas hati :)


Alhamdulillah..hari ni hari ke 32. Ibu and anak sihat.
Berat Nawra 4.2 kgs
Berat ibu 45.5 kgs. Hb 11.2, urine OK

Till then, Jumpa lagi:)

Thursday, February 17, 2011

Sehari Bersama Awal

Saya sudah mula bercuti starting from yesterday. Menunggu hari tapi belum ade major sign untuk menetas. :) Seronok duk dalam womb baby MN ni. Dunia luar sangat kejam nowadays..:P

Harini duk umah dengan Awal. Semalam hantar rumah pengasuh since I got few things to be done. Alhamdulillah, managed to do some laundry n cooked for our lunch.

Budak Awal ni dah macam2 celoteh sekarang. Pot pet pot pet mulut tak duk diam. Masa die diam adalah masa tidur, mase nonton cerita kegemaran such as Mr Bean, upin-ipin, Special Agent Oso, Mickey Mouse Clubhouse n satu lagi... Ultraman!!! Haih. Nak tdo malam mintak tgk Cosmos dulu seround kat iPhone baru lah boleh tdur..

Yang mencabar keimanan, suka la hempap perut n pinggang kita mase baring. Siap tenyeh2 lagi. Kena pulak mood mak die ala2 berasap laju je tangan ni. Tapi die dah pandai memberontak, kalau kita marah die pukul kite balik atau capai je ape2 barang yang die tahu mak bapak die jage elok2 such as remote TV or buah2 berry n apple xsemena2 dibalingnya. Sakit jiwa!!!

Ape2 pun mmg kena bersabar. :) mendidik anak bukan senang. Dia perlukan attention. Dah hantar umah pengasuh 5days a week. Balik kije kite da penat. But I tried by best to spend masa layan die tgk TV, main lego/jigsaw puzzle or bawa die g playground even for 10-15mins.

Lepas ni adik keluar harus la macam2 peel baru yang dia akan tunjuk.

Lunch tadi masak special for him. Menu yang dia paling suka : sup ayam .. Habes semangkuk!!! Puas hati tengok dia makan. Tak rugi mak dia yang boyot ni masak penat2..:)

Ni antara latest pics of him











Dah big boy anak mommy ni:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, February 13, 2011

Bila la agaknya..

Dah tak larat.
Jalan sikit penat.
Masak pun penat.
Tidur dah tak lena.
So far tak ada lagi tanda mau menetas.
:/

Dah tak sabar nak berehat.
Pagi ni nak bangun mandi pun tak larat.
Awal pulak buat hal macam-macam.
Ciwek tak tentu pasal.
Geram je kadang-kadang.
Tapi, cepat-cepat ingatkan diri yang dia akan dapat adik.
Sebab tu la dia jadi macam tu.
Perlukan perhatian sebab pasni kasih akan terbahagi.
Kesian pulak sebab rasa macam dia kecik lagi.
Tapi kalau bukan sekarang bila lagi?
Kalau nak tunggu dia besar jenuh jugak ye tak?
Apa yang Allah dah takdirkan untuk kita tu adalah yang terbaik.
Kena percaya tu.

:)

Tak sabar nak jumpa junior no .2
Bila la agaknya dia nak kuar ni?





Wednesday, February 9, 2011

MASIH DISINI


Hanya tinggal lagi beberapa hari. Dr dah Re-EDD my actual EDD from 14 Feb to 1 March 2011 bagi mengelakkan kejadian yang saya tak mau ( contoh: kena C-Sec sebab terlebih jangka ) :)

Makanya harini saya masih bekerja sampai la Isnin ni. Selasa
cuti Maulud. 16hb bermulalah cuti aku selama 90 hari :)

HAPPY!!

SET BERSALIN HPA - Checked!
ELECTRIC BREAST PUMP - Checked!
BEDDING SET - Checked!
BAJU BABY - Checked! (terbanyak pulak)
TOILETRIES - Checked!
BARUT PERUT- Checked! (Re-used je. Leesa Formula elok lagi. I-Allah bersalin normal )

Rasanya semua dah ready. Tunggu masa sa
ya nk bersalin je :)


Owh semalam adalah anniversary yang ke 3. Hubby cuti dan saya diberi MC sejak Selasa. Gynae kate rehatlah sebab nampak saya WEAK.

Jadinya semalam kami ke sini


Tutti Frutti Malaysia


untuk meraikan 3rd anni. Nafsu nak makan Baskin Robbin terus terpadam.. heks :P

Makan dalam kereta je kekdahnya sebab anak teruna sedang lena :)

Sayang kamu suamiku Muaazam Munawar.
Thank you for EVERYTHING

Lastly,

Doakan saya.

Maafkan segala salah kata terkasar bahasa. Terima kasih atas doa kalian.





Sunday, January 30, 2011

Tak tahu nak letak tajuk ape

Minggu ke 36!!

Januari adalah sangat HECTIC!!

Saya bekerja tanpa cuti rehat yang panjang eversince raya 2010!!!
It was like TAK ADA LIFE at all lah. Penat. Stress. Semua nak kena kejar DEADLINE. Last2 diri sendiri yang rasa bagai nak MATI jek. Xlarat dah.

Last week suddenly kena present proposal to the bosses. Notice 2 hari boleh? WTH!! Suka kasi orang terkejut dan stress jugak. Kije sedia ada dah banyak kasi pulak kije ad hock. Alhamdulillah respon yang positif dan harapannya tahun depan program boleh jalan lah. (OKAY BOSS SILA KASI MARKAH TINGGI YE!!)

Saya akan bercuti 90 hari starting 11.Feb.2011 to 11.Mei.2011. LAMA TAK?
Sekarang ni goal saya adalah untuk siapkan any kije yang belum complete. Delegates to my collique then boleh bercuti dengan hati yang tenang. I just cant wait!!! Sebab dah tepu.OKAY SEKALI LAGI. OTAK SAYA DAH TEPU!! Sampai tahap ada satu hari tu, saya jumpa boss and bgtau die I need to go back after lunch dan rehat. Baring sebab I just CANT take it anymore. Die tengok muka aku dah spulo sen mau tak kasi. Hahahaha..


Cuti Raya Cina takkan kemana-manalah. NAK REHAT REHAT DAN REHAT. Owh lupa ada WEDDING di Kuala Kangsar on 5th Feb and anak sedara (belah hubby) bertunang on 6th. hadoi 2 hari jek la REHAT. Pastu nak kena siapkan sarung tilam baby cot and bumper for baby MN. :) Abang die punya semua kale BIRU tak SESWAI la kan :P. Kain dah beli tinggal nak potong dan jahit. 3 jam boleh siap kot :) Harapnya cuaca baek n boleh buat laundry for kelengkapan baby. Dah lama tertangguh padahal due date dah esok karang. Weekend pulak ade saje halnya.


To those yang bercuti, selamat bercuti and safe journey :). Hati-hati memandu dan ingatlah orang yang tersayang. Jangan laju2 nanti kena saman dah terbang RM300!! :P