Thursday, March 31, 2011

Introducing MADEEHA NAWRA

Ok malas nak karang. Lama gile aku tak online ni. Ada dua anak jaga sendiri sangat challenging but sangat puas hati :)


Alhamdulillah..hari ni hari ke 32. Ibu and anak sihat.
Berat Nawra 4.2 kgs
Berat ibu 45.5 kgs. Hb 11.2, urine OK

Till then, Jumpa lagi:)

Thursday, February 17, 2011

Sehari Bersama Awal

Saya sudah mula bercuti starting from yesterday. Menunggu hari tapi belum ade major sign untuk menetas. :) Seronok duk dalam womb baby MN ni. Dunia luar sangat kejam nowadays..:P

Harini duk umah dengan Awal. Semalam hantar rumah pengasuh since I got few things to be done. Alhamdulillah, managed to do some laundry n cooked for our lunch.

Budak Awal ni dah macam2 celoteh sekarang. Pot pet pot pet mulut tak duk diam. Masa die diam adalah masa tidur, mase nonton cerita kegemaran such as Mr Bean, upin-ipin, Special Agent Oso, Mickey Mouse Clubhouse n satu lagi... Ultraman!!! Haih. Nak tdo malam mintak tgk Cosmos dulu seround kat iPhone baru lah boleh tdur..

Yang mencabar keimanan, suka la hempap perut n pinggang kita mase baring. Siap tenyeh2 lagi. Kena pulak mood mak die ala2 berasap laju je tangan ni. Tapi die dah pandai memberontak, kalau kita marah die pukul kite balik atau capai je ape2 barang yang die tahu mak bapak die jage elok2 such as remote TV or buah2 berry n apple xsemena2 dibalingnya. Sakit jiwa!!!

Ape2 pun mmg kena bersabar. :) mendidik anak bukan senang. Dia perlukan attention. Dah hantar umah pengasuh 5days a week. Balik kije kite da penat. But I tried by best to spend masa layan die tgk TV, main lego/jigsaw puzzle or bawa die g playground even for 10-15mins.

Lepas ni adik keluar harus la macam2 peel baru yang dia akan tunjuk.

Lunch tadi masak special for him. Menu yang dia paling suka : sup ayam .. Habes semangkuk!!! Puas hati tengok dia makan. Tak rugi mak dia yang boyot ni masak penat2..:)

Ni antara latest pics of him











Dah big boy anak mommy ni:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, February 13, 2011

Bila la agaknya..

Dah tak larat.
Jalan sikit penat.
Masak pun penat.
Tidur dah tak lena.
So far tak ada lagi tanda mau menetas.
:/

Dah tak sabar nak berehat.
Pagi ni nak bangun mandi pun tak larat.
Awal pulak buat hal macam-macam.
Ciwek tak tentu pasal.
Geram je kadang-kadang.
Tapi, cepat-cepat ingatkan diri yang dia akan dapat adik.
Sebab tu la dia jadi macam tu.
Perlukan perhatian sebab pasni kasih akan terbahagi.
Kesian pulak sebab rasa macam dia kecik lagi.
Tapi kalau bukan sekarang bila lagi?
Kalau nak tunggu dia besar jenuh jugak ye tak?
Apa yang Allah dah takdirkan untuk kita tu adalah yang terbaik.
Kena percaya tu.

:)

Tak sabar nak jumpa junior no .2
Bila la agaknya dia nak kuar ni?





Wednesday, February 9, 2011

MASIH DISINI


Hanya tinggal lagi beberapa hari. Dr dah Re-EDD my actual EDD from 14 Feb to 1 March 2011 bagi mengelakkan kejadian yang saya tak mau ( contoh: kena C-Sec sebab terlebih jangka ) :)

Makanya harini saya masih bekerja sampai la Isnin ni. Selasa
cuti Maulud. 16hb bermulalah cuti aku selama 90 hari :)

HAPPY!!

SET BERSALIN HPA - Checked!
ELECTRIC BREAST PUMP - Checked!
BEDDING SET - Checked!
BAJU BABY - Checked! (terbanyak pulak)
TOILETRIES - Checked!
BARUT PERUT- Checked! (Re-used je. Leesa Formula elok lagi. I-Allah bersalin normal )

Rasanya semua dah ready. Tunggu masa sa
ya nk bersalin je :)


Owh semalam adalah anniversary yang ke 3. Hubby cuti dan saya diberi MC sejak Selasa. Gynae kate rehatlah sebab nampak saya WEAK.

Jadinya semalam kami ke sini


Tutti Frutti Malaysia


untuk meraikan 3rd anni. Nafsu nak makan Baskin Robbin terus terpadam.. heks :P

Makan dalam kereta je kekdahnya sebab anak teruna sedang lena :)

Sayang kamu suamiku Muaazam Munawar.
Thank you for EVERYTHING

Lastly,

Doakan saya.

Maafkan segala salah kata terkasar bahasa. Terima kasih atas doa kalian.





Sunday, January 30, 2011

Tak tahu nak letak tajuk ape

Minggu ke 36!!

Januari adalah sangat HECTIC!!

Saya bekerja tanpa cuti rehat yang panjang eversince raya 2010!!!
It was like TAK ADA LIFE at all lah. Penat. Stress. Semua nak kena kejar DEADLINE. Last2 diri sendiri yang rasa bagai nak MATI jek. Xlarat dah.

Last week suddenly kena present proposal to the bosses. Notice 2 hari boleh? WTH!! Suka kasi orang terkejut dan stress jugak. Kije sedia ada dah banyak kasi pulak kije ad hock. Alhamdulillah respon yang positif dan harapannya tahun depan program boleh jalan lah. (OKAY BOSS SILA KASI MARKAH TINGGI YE!!)

Saya akan bercuti 90 hari starting 11.Feb.2011 to 11.Mei.2011. LAMA TAK?
Sekarang ni goal saya adalah untuk siapkan any kije yang belum complete. Delegates to my collique then boleh bercuti dengan hati yang tenang. I just cant wait!!! Sebab dah tepu.OKAY SEKALI LAGI. OTAK SAYA DAH TEPU!! Sampai tahap ada satu hari tu, saya jumpa boss and bgtau die I need to go back after lunch dan rehat. Baring sebab I just CANT take it anymore. Die tengok muka aku dah spulo sen mau tak kasi. Hahahaha..


Cuti Raya Cina takkan kemana-manalah. NAK REHAT REHAT DAN REHAT. Owh lupa ada WEDDING di Kuala Kangsar on 5th Feb and anak sedara (belah hubby) bertunang on 6th. hadoi 2 hari jek la REHAT. Pastu nak kena siapkan sarung tilam baby cot and bumper for baby MN. :) Abang die punya semua kale BIRU tak SESWAI la kan :P. Kain dah beli tinggal nak potong dan jahit. 3 jam boleh siap kot :) Harapnya cuaca baek n boleh buat laundry for kelengkapan baby. Dah lama tertangguh padahal due date dah esok karang. Weekend pulak ade saje halnya.


To those yang bercuti, selamat bercuti and safe journey :). Hati-hati memandu dan ingatlah orang yang tersayang. Jangan laju2 nanti kena saman dah terbang RM300!! :P

Thursday, January 6, 2011

Gembira berbaur sedih

Hubby dapat 2nd interview di Vale SA. Kalau dapat makanya lepas ni saya dan anak (anak) akan selalu ditinggalkan sebab die kena pegi training n ulang - alik ke Brazil..(boleh ke nak handle anak2 sorang ni weih??)

Sedikit emoticon -_- tapi happy la jugak kalau die betul2 can get the job. For himself n untuk keluarga kami la jugak kan :) tapi untuk the first year je la (katanya) .Lepas department dah fully developed tak perlula die ke sana lagi ..

Ape2 pun saya doakan yang terbaek for him n our family :)

Sunday, January 2, 2011

32 weeks

Pejam celik pejam celik, dah tahun 2011. Sekejap je 2010 berlalu. Ni dah masuk 32 minggu..dag dig dug..huhuhuhuh...ade lagi sebulan setengah (EDD kalau ikutkan 14 Feb).

Persiapan? baju2 baby tu belum lagi dicuci. Weekend ni kena pulun kemas bilik, cuci ape yang patut. :) Perut ni kecik jek banding first pregnancy dulu. Hurmm maybe sebab lain jantina ke ape xtau lah. Doakan saya ye kawan2..


Notakaki:

Hubby ade interview kat Vale S.A. Kalau dapat Alhamdulillah. Cume aku la seksa sbb nnt kena tinggal sokmo..huhuhuh. Dengan 2 anak nanti boleh ke weih? erkkk