Wednesday, April 14, 2010

Lapuk dah pun..

Sudah agak lapuk sebenarnya. Tapi kalau tak kongsi kat blog macam tak lengkap pulak kan. Ni adalah sebahagian dari koleksi gambar kenangan kami ke Beijing last month. Seronok sebab dapat tengok dan sentuh dengan tangan sendiri satu dari 7 wonders :) GREAT WALL. Kebetulan hari kami nk visit Great Wall, salji turun dengan lebat nya. First experience main salji. Tapi sayang tak boleh nk panjat tinggi2 Great Wall sebab licin sangat. Bayangkan berjalan atas ais. Dengan suhu sejuk n windy. Great Wall ni kan duk atas bukit so bertambah la sejuk. Hubby saya sorang jekla yang naek saya jaga Awal dalam bus. Nak duk kat luar nnt Awal main salji abes basah sluar segala lagi leceh. Dah la sejuk and pakai baju berlapis2.

Suhu masa kami kat sana dari -2 ke 12 darjah Celcius. Sejuk gile. Kulit abes kering paling kesian si Awal la. Sebab die mmg dah ade masalah kulit sejak lahir. Bila cuaca/kelembapan berubah, lagi teruk la jadinye. Selalu kena sapu losyen and pakai lip gloss so that bibir and kulit tak kering. Kalau la ada rezeki kami mungkin akan sampai lagi ke kesini sebab mau shopping!!! Hahaha!!! BTW, gamba kat shopping street tak sempat amek sebab dok leka shopping sampai lupa camera :P

Enjoy la tengok gambar-gambar ni ye ;)

Tomb City

Forbidden City

Pas dinner kat mane ntah..

Snowy


Macam pingu..

Bird Nest Olympic Stadium

Great Wall. Salji dah stop licin giler..

Bird Nest lagi

Great Wall

Imegresen Tianjin airport

Tianjin City dari atas flight


Pesanan penaja: Memang best g beijing. Halal food pun banyak. Yang amazing nye, even bukan muslim suka makan kat kedai makanan Halal. Ramai orang. Kebetulan masa kami g haritu pun cuti sekolah, so ramai jugak Malaysians kat sana. hehehhehe.. asyik jumpa aje la..ii membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga suka melancong :)

Wednesday, March 31, 2010

Percubaan suara

Hebahan:

Kepada kawan-kawan yang sedang mencari tukang jahit atau ada keinginan untuk menempah baju kurung biasa atau riau bolehla hubungi saya di rnem1703@gmail.com atau 012-2406260.

Boleh tolong hebahkan pada kawan-kawan anda yang lain ye..

Tq.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 29, 2010

Menanggung Kesalahan Orang

Agaknya bilangan manusia yang boleh dipercayai dah makin kurang sekarang ni. Sampaikan orang yang tak bersalah makin ramai kena tanggung hukuman atas kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Fitnah namanya tu. Lebih buruk dari membunuh.

Bayangkan kalau semua ni jadi pada korang? Macamana agaknya tindak balas atau reaksi korang?

Saya sedih kebelakangan ni. Orang yang saya sayang sedang mengahadapi masa yang agak sukar. Saya kena kuat demi dia dan anak saya. Mudah-mudahan Allah dengar doa kami. Doa orang yang teraniaya itu makbul. Dengan izinMu Ya Allah.

"Permudahkanlah urusan kami. Tunjukkanlah kami jalan. Berilah kami petunjuk. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui Ya Allah. Andai begini takdir Mu aku pasrah. Bagilah kami kekuatan untuk harungi semua ini dengan tabah. Jauhkanlah kami dari kekufuran. Berkatilah hidup kami. Pada Mua Allah kami mengadu dan memohon pertolongan."

Amin.

Doakan kami kawan2. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Terima kasih.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, February 28, 2010

Santap

Last friday we went to this restaurant just a mile from my residence area-Laman Kasih.. QNice deco and yummeyh food as well.. 5 stars i kasi even menu belum banyak maybe masih lagi baru and under development. Recommended lah kalau you all nak try. Lokasi nya adalah pinggiran putra, next to Bukit Rahman Putra. Nak senang google. Kat facebook pu ade. Kalau nk bawak famili pun seswai sebab laman die luas so bolehlah kanak2 bermain riang. Enjoy the piccas:)



Side view




Cantik kan?



Nice deco



Got pair of parrots as well



Ok poyo ckit



Poyo jugak



Ready to eat



His meal- nasi tomato sedapp



Too delicious smp x berkate2



Mine- lasagne sedap weih!!




Mine oso- Apple juice

So akhirnye berjaya jugak makan cni. Selama ni asek tertangguh nk singgah padahal dekat sangat. Berbaloi sebab x menghampakan:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tak sihat




Ok ini adalah rupa orang yang tak sihat. Demam sejak hari jumaat. Tapi pagi ni dah tak demam tapi batuk (kahak yang banyak sampai shortness breath), selsema and muntah. Saya maybe dpt MC dari paed Awal harini. Kesian tgk Awal muntah n melepet. Asyik nk nenen je. Huhu.. Malam td pun tdo few hours je. Musim demam lah rasenye. Doakan supaya Awal cepat sembuh. Tq !!


-Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 24, 2010

Teruja

Two more weeks to go before my longest holiday ever. Thanks to En Suami sebab sudi bawa kami bercuti. Selepas berfikir panjang, mengambil kira pelbagai aspek kami membuat keputusan to grab the chance. Sebab bila lagi kan? Dah alang-alang ade yang nak sponsor untuk suami dan saya baek pergi ajela. Untuk Awal just pay for the flight ticket and Visa. Itupun bukan lah mahal sangat. Masih dalam kemampuan kami berdua. Buat intro suspen gile kan? Mana mau pigi hah??? Ok Ok..kami akan ke sini:


picture taken from Google Image.

To be exact, Beijinglah from 12th to 17th march 2010. (Suke ok sebab 17 Mac adalah birthday saya yang ke.. 28!! Ok saya tak nak sorokkan umur saya disitu sebab ape lah ade pada umur dan saya tahu saya sentiasa berjiwa muda REMAJA) hahahha. :P Persediaan ke sana dah 50% dibuat. Passport dan Visa dah selesai. Aku punye paspport belum expired so tak perlu buat baru. Last ke oversea adalah ke Singapore je tahun 2007. En Suami punya kena renew sebab dah mati few years back tapi untunglah sebab hubby buat passport yang RM100 untuk 2 tahun. Untuk Awal kami buat 5 tahun sebab kalau buat 2 tahun harga RM100 tambah lagi 50hengget for another 3 years. So better apply for 5 years terus kan. Mana tahu ada rezeki nanti nak ke tempat lain pulak. :)


Luggage dah memang ada. Jaket untuk Awal dan saya pun dah beli. Untuk hubby je belum settle lagi sebab belum jumpa yang berkenan di hati. Maklumlah Beijing ni agak sejuk. Semalam pun 3 degree C. Huhu.. So kena la kuar duit sikitkan. Kalau ikutkan weather forecast, March tu dah nk masuk Spring tapi ramai yang bagi komen cuaca tahun ni mungkin berubah sikit. Januari 2010 kalau korang baca news Beijing dilanda salji tebal dalam masa berapa tahun saya pun dah lupa sampai berapa banyak penerbangan dibatalkan. Sejuk melampau. Masa kami kesana nanti average temperature dari -2 to 12 degree C (forecast la). Kena cek perkembangan dari masa ke semasa so that kami boleh bawa baju yang sesuai and cukup untuk 6 hari kat sana. Lama tu weih 6 hari. huhuhuhuh...Sejuk la bagi kita yang dah biasa duk negara panas ni kan. Teruja tapi risau pun ade lah jugak since bawak anak kan. Tapi kalau nak tinggalkan Awal lebih baik kami tak payah pergi. Hubby pun cakap macam tu jugak :). That is why he made up his mind to pay for the necessary things and bring our son along to Beijing. Apa salahnya kan?


Erm.. ha satu lagi. Bekalan makanan pun kena bawak jugak. Maklumlah sejuk mesti asyik lapar. Kat sana nanti bukan macam kat sini senang nak cari kedai makan halal kan. Tapi saya dah buat research and dah siap print lagi maps kedai2 makan halal kat sane mane tahu kan kot terdesak ke nanti. Even bab makan memang dah sekali dalam pakej la and makanan tu halal la of course sebab rata2 yang pergi ni pun ramai Melayu n muslim lah of course. Ni pun sebab dah tanya kawan2 yang pernah g sane ape keperluan lain yang perlu dibawak sama. Cuma kami ni kena bawak duit poket untuk bershopping bagaila nanti.. Hahahha (macam la banyak sangat duit tu nk bawak ke sana :P). OK kalau nk kirim ape2 jangan kirim air liur saja ok memang tak akan dilayan..Hahahahha ..


Malas dah nak kerja sebab kepala otak duk pikir esok adalah Public Holiday. Esok tengahari akan bersama A'a and Ayu untuk sesi kelas memasak laksam. hehehhe.. asek aku masak korang makan ape kate kali ni aku kasi can korang buat aku ajar pulak so nanti korang nk makan leh la buat sendiri (kejam gile ayat hokeyh)..hohohoho :P Sabtu pulak adalah hari berkaraoke riang bersama opismate lama aku and opismate hubby. 6 jam ko hamek nyanyi lah sampai lebammm..hahhahah Ok selamat bercutisakan. Adios.

Monday, February 22, 2010

Buah hati saya


Betapa nakal nya anak teruna saya ini boleh lah dilihat menerusi gambar di atas. Bile orang kira 1 2 3 untuk snap gambar mata dia pun mulalah melilau. Sebelum tu elok je die boleh pose dengan baiknya. Hurm.. Serupa ke tak kami ni? heheheh...


Ok pagi tadi, dah dekat pkul 7.35 am baru la si kecik ni bangun. Tu pun saya kena kejutkan dia. Kalau tunggu dia bangun mahu lewat la pegi kije pagi tadi. Ntah ape mimpi dia yang buatkan dia tak nak bangun. Biasanya pkul 6.30 am dah sebuk melalak kalau tengok saya tak de kat sebelah die. Huhu..Tapi pagi ni kita pulak kena kejutkan dia. Mungkin dia penat sangat la kot sebab asyik main je sekarang sampai petang jarang sangat tidur.


Okeyh..dah 3pm.. Menghitung jam untuk pulang pastu amek buah hati..heheh this morning tak sempat nak main-main dengan die sebab bangun lambat. So cadangnye petang ni kalau cuaca mengizinkan nak bawak die jalan-jalan kat taman sebelah umah. Adios.