Tuesday, May 12, 2009

TrAnSfOrMaSi

This is what we called a transformation (bukan macam AF7 OK!!)..And if it's possible I want him to stay at this stage..sentiasa comel !! Ini adalah sebahagian dari koleksi gambar-gambar my lovely little son Razeeq Awalluddien (previously some of you requested to TEPEK newborn pixs)..:)



This one- Taken few hours after delivery..(deep inside my heart I know that he will look like his father except for HIS NOSE!!..ngeh ngeh ngeh)

This one..Taken at his one week old

Taken on 10-Jan-2009-Not even a month!!

This one pulak -taken a about a month after rambutnya dibotakkan..


Yang ini..antara yang terbaru..(Ahh usah ditanya baju kuning iteww..auntie Iera yang kasi ok!)


I know you love your Mommy more than your Daddy!! huhu




Dan dia sudah boleh meniarap..sekarang sudah mampu alihkan kedudukan


Sudah pandai merajuk and tarik muka juga!!



Yang ni memang tak bleh blah!! Pantang nampak stereng oK!! huhu..Keluar air liur punye la excited!!



Minggu depan (on 21st May) umur Awal genap 5 bulan.Alhamdulillah...sentiasa sihat and I-Allah akan sentiasa sihat..Amin



Monday, May 4, 2009

It's wonderful being appreciated..

I was fasting last Monday. At about 8.45 am, my Dear Abang texted..'Happy Mother's Day my dear'..I read it while giving a big grin. So happy and couldn't believe that I am now a Mother!!..Dengan confident nya, I typed "para Ibu..happy Mother's Day!!" at my YM status..then suddenly, Ajah (memang nama sebenar) duk sibuk la tanye .."wei!! mother's day bilo? Hrni ko?"..."tahu la..aku pung tok tahu..laki aku wish doh sakni..hahahha"...


As usual, saya akan bekerja sambil melayan Dear Abang and Ajah di YM..pastu Ajah buzz lagi.."Wei!! Mother's day ahad nih la!!..naseb aku tok tepon lagi ko bonda".."aku sengih sorang2..nk gelak kuat kang org kate aku gile pulak..hahahhaha.." Tahu aku..hahahah..doh laki aku wish aku pung confidentla.."..

Alkisahnya...balik dari kerja, trus shoot ke dapur..memasak for buka puasa ( lupa dah ape menu on that day)..bile Dear Abang balik..he bought a Cheese cake for me sebagai tanda nk celebrate Mother's Day (KATANYA WALAUPUN SALAH HARI) but ITS ok..Thanks A lot Dear Abang..
And memang sungguh tak sangka..buat julung kalinya..saya menyambut Mother's Day. Bertalu-talu sms diterima dari rakan dan taulan wishing me Happy Mother's Day :D..Thanks to all..And yang paling penting, Its wonderful being a mother..walau saya tidak sehebat MAK saya..tapi saya akan cuba untuk jadi HEBAT seperti MAK saya.MAK, terima kasih untuk segalanya..saya tahu saya takkan dapat balas budi MAK..tapi doa saya untuk kesejahteraan MAK tak akan saya abaikan..
Semasa mengandung, MAK la insan yang paling banyak menasihati saya..Amalkan itu dan ini..buat itu dan ini.. jaga itu dan ini..Semasa kesakitan hendak bersalin..MAK la orang yang paling saya ingat..Membayangkan kembali kesakitan MAK semasa melahirkan saya..MAK la orang yang paling risau akan saya..Dan saya yakin dengan doa MAK juga proses melahirkan berakhir dengan selamat..
Semasa saya pantang, dia la yang masakkan untuk saya..tiap2 hari tanya saya nak makan apa..berjaga malam untuk pastikan saya dan Awal tidur lena dan tidak apa-apa..Mandikan Awal sebab saya masih belum kuat..MAK yang Renehkan sup..MAK yang buatkan ubat akar kayu untuk saya..MAK la orang yang memicit saya semasa pinggang dan badan saya lenguh2..bila lutut saya sakit..MAK la yang tolong pangku baby saya semasa saya sudah keletihan..MAK juga la yang menemani saya di malam hari bila baby saya tak mahu tidur malam dan muntah-muntah..MAK jua la yang temankan saya masa saya ulang alik ke klinik follow up Jaundice baby saya..MAK la yang belikan itu dan ini bila saya teringin nk makan..MAK la orang yang paling banyak bersusah..dulu bersusah untuk jaga saya semasa saya kecil..dan sekarang bersusah bila saya sudah punya yang kecil...
MAK, saya tahu saya banyak buat hati MAK terluka..saya minta ampun untuk itu..Saya tahu MAK tak akan simpan lama-lama...saya amat mengagumi MAK..TERIMA KASIH MAK..TERIMA KASIH BANYAK2..MAK la MAK saya dunia dan akhirat..saya minta MAK doakan saya juga..sekarang saya lebih faham ape erti seorang MAK..andai MAK tak lahirkan saya..saya tak akan wujud didunia ini..
Untuk semua IBU, SELAMAT HARI IBU!! Saya tahu setiap hari adalah hari Ibu...dan buatla kerja sebagai seorang Ibu sebagai satu ibadah..niat Kerana ALLAH :)Semoga kalian di kurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta di masukkan ke dalam golongan orang-orang yang Soleh ..AMIN

Ada lagi 4 hari

Yeay..short one plz :D
This is the 6th..got another 2 days actually but to make it easier (lebih afdal) just do it for 10 days...apekah?? puasa ganti la!! hahaha..But still..have to pay FIDYAH for 7 cupaks..(out of 10, 7 days are carried over from last two years)..

Hooray!!

Wednesday, April 29, 2009

Terlanjur Cinta

waktu bergulir
lambat merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan
malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

My dear...


My Dear,

Thank you so much..

For being there whenever I need you..

And I want you to know..I am still learning to be the Best Partner for you..


I do love you..

With all of my heart..

My doa..You will never hurt me again..

Walk with me..to reach our dream.

:)

Thursday, April 23, 2009

Saya sangat suka bila....

1. Saya berjaya memasak menu baru yang BELUMSAYACOBASEBELUMINI dan ianya sedap sampai hubby serta orang yang makan boleh tambah.
2. Saya balik kerja dan disambut oleh baby Awal yang matanya sudah kuyu tapi bertahan untuk diberi SUSU IBU.
3. Saya bersama-sama hubby boleh bawak baby Awal jalan-jalan (tapi Awal duk dlm stroller la) shopping atau ambil angin kat taman depan umah.
4. Saya bangun pagi mata dan kepala saya tidak berat kerana baby saya tidur lena tanpa jaga banyak kali pada sebelah malamnya.
5. Saya boleh duduk di rumah (satu hari pada hujung minggu) untuk setelkan kerja rumah (memasak, cuci baju, lipat baju, mop lantai etc.) dan pada masa yang sama menjaga anak.
6. Saya pergi kerja dan di opis ada kerja menunggu tapi saya boleh siapkan pada hari itu juga.
7. Saya mendapat kejutan dari Hubby..(tibe-tibe dapat hadiah ke @ cukup sekadar die offer diri untuk prepare breakfast/lunch atau dinner) ..hehehe
8. Saya dapat jumpa BFF saya , lepak-lepak serta boleh bergosip tentang perkembangan semasa (gosip kami jer la bukan politik or isu negara..hahaha)
9. Saya berjaya mendapatkan BARANGAN IDAMAN saya dengan hasil titik peluh saya sendiri (kalau orang bagi pun ok jerrr..hahaha)
last but not least
10. Saya berjaya menambah berat badan saya (kerempeng sangat la pulak! huhu)
p/s: Ini bukan TAGGED atau mahu menTAGGED sesiapa..sekadar nukilan di kala bosan :D

Monday, April 20, 2009

Sasaran dan target :D

Just came back from solat zohor n lunch..Damn sleepy then decided to do some 'renovation' for my blog..hahaha..I LOVE THE NEW LOOK BTW :) (got some work to do but just put it aside for this moment:P)..


Well, I got few things in my head as for this year's target..(hahahaha..hubby sila la take note OK!lol)..and started to do some research on those things..(materialistik sungguh!)..tapi ini amat la penting untuk surirumah yang SANGAT suka memasak seperti saya..:P..Well...saya target untuk ini






Zanussi gas stove and electric oven


Actually nakkan oven tu jek sebab gas stove memang dah ada kat umah. Nak beli build-in oven cam mahal sangat lagipun tak tahu nak beli umah kat mana so as for now I am targetting for this. Microwave oven macam kecik pulak and then harga lebih kurang so I think berbaloi kot beli ni. Mid-year ni mesti dapat!..Hahahaha..



And then...lagi satu this one..:)

Kenwood Mixer


Pas ni boleh buat cheesecake :) ngeeeeeeeeeeeeeeeee..sukanya sukanya...hehe..if TAK DAPAT yang ni, yang kat bawah ni pun okay jugak...either one la lakan..tapi cam lagi suka yang kt bawah ni je..:p..WISH ME LUCK! :)

Philips Food Processor